Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PERMOHONAN KES SEGERA

6.1 TATACARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hanya boleh dibuat oleh doktor yang merawat. Kes berkenaan mestilah diberitahu melalui telefon kepada Pakar Patologi Mulut bertugas terlebih dahulu.

  2. Pastikan ruangan ‘Type of Case – Urgent’ ditanda. Nama Pakar Patologi Mulut yang dihubungi, tarikh dan masa permohonan dicatatkan pada borang OPRF oleh pemohon.
  3. Kakitangan makmal yang menerima spesimen perlu cop URGENT pada borang OPRF dan Buku Rekod Penerimaan Spesimen (PPSG/MPO/015) dan cop MAKLUMAN KEPADA CLINICIAN (MKC) pada borang HRD untuk catatan laporan lisan.
  4. Sekiranya terdapat spesimen rutin yang dikenalpasti sebagai kes segera berdasarkan diagnosis oleh Pakar Patologi Mulut, juruteknologi makmal perubatan (JTMP) perlu cop MKC di atas borang HRD sebelum laporan lisan diberikan.
  5. Turnaround Time (TAT) kes segera (biasa dan rumit) adalah seperti yang tertera di item 2.2 Petunjuk Kualiti Makmal Patologi Oral (mukasurat 4).
  6. Pemantauan TAT kes segera dilakukan oleh Timbalan Pengurus Kualiti/ Pengurus Teknikal/ Pengurus Kualiti/ Pengarah Makmal.

6.2 TINDAKAN MAKMAL

Setiap permohonan kes segera hendaklah diberi keutamaan di setiap peringkat (penerimaan, pemprosesan dan pengeluaran laporan histopatologi).

6.3  LAPORAN LISAN

  1. Laporan lisan hanya boleh disampaikan oleh Pakar Patologi Mulut kepada doktor yang merawat.
  2. Maklumat seperti nama penerima, tarikh dan masa laporan perlu direkodkan dalam laporan histopatologi