
BERITA UTAMA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mei 2023 - Pernahkah anda rasa lemas, sakit kepala, migrain, pedih mata, letih, gatal-gatal kulit ketika masuk atau berada dalam sesebuah bangunan walaupun pada awalnya anda tidak pernah mengalami situasi sebegitu sebelum memasuki bangunan tersebut? Lebih aneh lagi anda kembali sihat selepas beberapa jam...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mei 2023 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Makmal Fungsi Gastrousus dan Motiliti (GiFM) yang merupakan satu-satunya makmal di Malaysia yang mempunyai peralatan lengkap diagnostik motiliti serta menawarkan dua (2) prosedur ujian iaitu ujian manometri kolon dan ‘mucosal...
KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Mei 2023 - Pasukan Petugas Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pasukan Petugas Kesihatan USM - MERICAN, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sekali lagi menyantuni warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) sempena Konvensyen Psikologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 yang berlangsung semalam. ...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mei 2023 – Insiden kebakaran yang sering berlaku di premis-premis hospital di negara kita telah membuka mata Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan JKKP, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) untuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...
PASIR PUTEH, KELANTAN, 3 Mei 2023 – Ketagihan ketum semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Kelantan terutama di Pasir Puteh yang merupakan salah satu daerah yang mempunyai banyak kes penanaman pokok ketum, penjualan air ketum dan penagihan ketum. Situasi ini amat berbahaya kerana masih ramai yang tidak tahu akibat buruk...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 April 2023 – Masalah obesiti atau kegemukan telah menjadi satu epidemik di peringkat dunia. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan bilangan kanak-kanak bawah usia lima (5) tahun yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes meningkat daripada 42 juta kepada 70 juta dalam dekad seterusnya. Berdasarkan...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 April 2023 – “Nilai ikhlas dan adil telah dipilih sebagai nilai Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) untuk diterapkan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan selain menjadi pendorong untuk semua staf menjalankan tugas dengan penuh amanah dan terbaik,” demikian titipan kata-kata semangat daripada Pengarah Hospital USM, Dato’...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 April 2023 – ‘Retainer’ merupakan satu alat rawatan gigi yang diberikan kepada pesakit yang telah melakukan rawatan ‘braces’ bagi menstabilkan kedudukan gigi. Ia tidak mempunyai daya tekanan yang kuat seperti pemasangan ‘braces’ tetapi berfungsi mengekalkan gigi seperti susunan yang dikehendaki. Pensyarah Pergigian, Unit Ortodontik, Pusat...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 April 2023 – Dalam usaha memastikan golongan kurang berkemampuan khususnya B40 menerima rawatan yang sewajarnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyumbangkan zakat untuk membeli peralatan bernilai hampir RM800,000. PNB berbesar hati memberi sumbangan alat...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 April 2023 – Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan sebagai seseorang yang mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau kecacatan mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya untuk melakukan aktiviti seharian secara normal. Terdapat kategori tertentu dalam menentukan kekurangan upaya mereka. Secara umum, golongan...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Mac 2023 – Bagi membantu pusat pengajian dan pusat tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) merangka strategi dalam meningkatkan pencapaian 'Key Performance Indicator' (KPI), Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC) hari ini menganjurkan program 'Gear Up Your Innovation KPI’ di Dewan Peperiksaan, Kampus...
KOTA BHARU, KELANTAN, 17 Mac 2023 – Dianggarkan lima (5) daripada 100,000 wanita Malaysia dikesan mengidap kanser setiap tahun. Berdasarkan statistik daripada ‘Malaysian National Cancer Registry Report 2019’, kanser rahim menduduki tempat ke-6 daripada 10 kanser paling kerap dikesan dalam kalangan wanita di Malaysia. Berdasarkan data tersebut, adalah amat...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mac 2023 – Penolong Pegawai Perubatan (PPP) merupakan antara profesion terawal dalam bidang kesihatan di Malaysia yang wujud lebih daripada 230 tahun dahulu. Terdapat profesion yang hampir sama dengan PPP di luar negara seperti Pembantu Doktor di Amerika Syarikat, ‘Barefoot Doctor’ di Australia, Kanada, Rusia,...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mac 2023 – Sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, Pusat Islam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Pelancaran Hilal Ramadan 1444 H/ 2023, Peringkat Kampus Kesihatan USM bertempat di Auditorium Trauma, Jabatan Kecemasan. Program ini bertujuan untuk menguar-uarkan aktiviti Ihya...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Mac 2023 – Penyalahgunaan dadah merupakan isu global dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat melibatkan pekerja kerajaan atau swasta termasuk golongan berpendidikan tinggi, profesional mahupun yang tidak berpendidikan. Bagi membendung serta membantu individu berkenaan termasuk warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Psikiatri...
KOTA BHARU, KELANTAN, 6 Mac 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Penyelidikan dan Kesedaran Kanser Payudara (BestARi) komited untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan kepakaran USM dalam pengesanan awal penyakit payudara. Kanser payudara yang dikesan awal mempunyai peratusan tinggi untuk sembuh dan boleh menurunkan kadar kematian akibat...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2023 - Kepelbagaian bidang kepakaran yang ada di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dimanfaat bagi memastikan pemindahan ilmu berterusan kepada masyarakat. Sejajar dengan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan, Hospital USM turut memainkan peranan sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dalam menyebarluas maklumat. Sebagai salah...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Januari 2023 – “Syukuri apa yang ada dan sentiasa tanam niat yang baik di dalam hati untuk bekerja dengan seikhlas mungkin agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan,” demikian kata Ketua Penyelia Jururawat, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Raudzah Haji Mohamed Ariffin....
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Januari 2023 - Kolaborasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) nyata memberi impak positif kepada masyarakat khususnya golongan sasaran B40 dan berkeperluan khas. Pengerusi Program KRIS Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata,...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Januari 2023 – Penyakit Gout adalah penyakit sendi yang tertua dalam sejarah peradaban manusia yang dahulunya digelar sebagai ‘penyakit orang kaya’, namun kini keadaan telah berubah dan hampir semua orang berpotensi menghidapinya. Menurut Pakar yang juga Pensyarah Ortopedik, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan,...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Januari 2023 – “Walaupun pelbagai pencapaian berjaya diraih, namun pastinya banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengetengahkan nama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) agar menjadi ‘branding’ yang diingati atau dikenali semua lapisan masyarakat,” demikian seruan Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik...
TUMPAT, KELANTAN, 14 Januari 2023 – Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin meningkat dan ia tidak hanya melibatkan golongan muda sahaja tetapi turut dihidapi oleh golongan warga emas. Cakna akan kepentingan perkara berkenaan, Jabatan Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi suntikan dana Program Kementerian Pendidikan Tinggi...
KOTA BHARU, KELANTAN, 12 Januari 2023 – Botulinum toxin merupakan neurotoksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostriridium Botulinum. Terdapat tujuh jenis botulinum toxin iaitu A, B, C, D, E, F dan G dan kebiasaannya yang paling banyak digunakan dalam bidang perubatan adalah jenis A. Menurut Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Januari 2023 - USAINS Tech Services Sdn Bhd (UTSB) mensasarkan lebih ramai perunding (consultant) perubatan menyertai mereka menerusi segmen penawaran rawatan eksekutif Hospital USM, demikian intipati sesi pendengaran awam (town hall) oleh USAINS hari ini. Sesi tersebut disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan...
Kira-kira 100 orang warga kerja yang pernah bertugas secara sukarela di Kaunter Saringan dan Khidmat Pelanggan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula awal tahun 2020 diraikan dalam majlis makan tengah hari di sebuah restoran hidangan arab terkenal di Kubang Kerian, semalam. Keraian ini juga bersempena...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Disember 2022 – Jatuh merupakan salah satu sindrom geriatrik ataupun perkara yang sering berlaku dalam kalangan warga emas malah ia boleh berlaku ketika berada di lantai atau berada di tingkat yang lebih rendah tanpa dirancang. Di Malaysia, dianggarkan terdapat 8.5 kes jatuh bagi setiap 100...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Disember 2022 - Hormon boleh dikatakan bercelaru apabila paras hormon berada dalam lingkungan yang tidak normal sama ada melebihi paras normal atau berkurangan daripada yang ditetapkan. Gangguan hormon walaupun dikategorikan sebagai tidak berbahaya jika dibandingkan dengan penyakit lain seperti serangan jantung atau strok, namun...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2022 – Trend jangkitan penyakit ‘Human Immunodeficiency Virus’ atau HIV dilihat semakin berubah mengikut peredaran zaman dan kecanggihan teknologi. Menurut Pengerusi Seminar Kesedaran HIV yang juga Pakar Perubatan Am dan Penyakit Berjangkit, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Alwi Muhd Besari @ Hashim, jika...
KOTA BHARU, KELANTAN, 27 November 2022 – Fenomena penipuan cinta atau ‘love scam’ dilaporkan semakin berleluasa pada skala global berdasarkan bilangan yang dilaporkan di peringkat antarabangsa. Manakala di Malaysia sahaja sebanyak 1,535 kes dilaporkan pada 2020, yang mana melibatkan kerugian berjumlah RM 58.33 juta. Walaupun pelbagai kempen, iklan, pengumuman, seminar...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN 10 November 2022 – Kanser Pangkal Rahim (serviks) merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia iaitu 7.6 per 100,000 populasi wanita berumur seawal 15 tahun hingga 44 tahun yang dijangkiti virus ‘Human Papilloma’. Menyedari bahaya penyakit tersebut, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 November 2022 – Sesi pendengaran awam (town hall) perkembangan semasa projek ‘Sistem Maklumat Hospital’ atau Hospital Information System (HIS) diadakan hari ini untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada staf Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai sistem baharu bagi menyelaras maklumat-maklumat pesakit dikenali sebagai HIS@USM. Program yang berlangsung...
KOTA BHARU, KELANTAN, 5 November 2022 – Dalam usaha untuk memastikan kesedaran terhadap bahaya penyakit Diabetes Melitus kepada individu dan masyarakat khususnya di Negeri Kelantan, Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan menganjurkan Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat USM di MYDIN Mall Tunjong, hari ini....
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 November 2022 - Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022 yang bertemakan ‘You’re Not Alone; We’re Stronger Together’ anjuran ‘Breast Cancer Awareness Unit’ (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini. Program ini bertujuan memupuk kesedaran...
KOTA BHARU, KELANTAN, 30 Oktober 2022 - Prediabetes adalah satu keadaan di mana gula dalam darah seseorang melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes. Ini merupakan peringkat awal bagi pesakit yang memungkinkan mereka mendapat penyakit diabetes. Dalam tempoh ini, badan seseorang penghidap prediabetes telah mengalami proses...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Oktober 2022 - Pada tahun 2020, warga emas di Kelantan mencecah 198,000 orang dan berdasarkan unjuran tersebut, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus (%) dan pada tahun 2020, bilangan penduduk yang berumur...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Oktober 2022 – Pasukan perubatan Yayasan 'Healing Little Hearts' (HLH) dari United Kingdom terus menabur bakti dengan melakukan pembedahan ke atas pesakit jantung kongenital Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dalam siri lawatan kali ke lapan (8) ke hospital ini sejak tahun 2015. Penyakit jantung kongenital...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Oktober 2022 – Bagi pesakit buah pinggang kronik, fungsi buah pinggang akan berkurangan secara beransur-ansur tanpa dapat disembuhkan dan juga dianggap sebagai pembunuh dalam diam. Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta Yayasan Islam Kelantan menganjurkan 'Seminar...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Oktober 2022 - "Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Yayasan UEM yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), terutama sepanjang kita menghadapi pandemik COVID-19", demikian ucapan Pengarah, Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dalam majlis meraikan lawatan delegasi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Oktober 2022 – Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan kepada keupayaan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang malah ia merupakan sejenis penyakit yang tidak bersifat progresif atau semakin memburuk. Pakar Perubatan Pemulihan, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti...
KOTA BHARU, KELANTAN, 15 Oktober 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) kembali aktif melaksanakan Program Libatsama Komuniti USM - Merican sementara pasukan petugas komited turun ke pelbagai lokasi di serata negeri Kelantan bagi memberi perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti. Pengasas Yayasan Merican, Dato' Dr. Mahmood Osman Merican berkata,...