Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Tatacara Permohonan Ujian Histopatologi

 a)  Permohonan ujian boleh dilakukan secara atas talian melalui Laboratory Information System (LIS) https://onelabcentre.kk.usm.my .Sila rujuk Tatacara Permohonan Ujian Histopatologi LIS (mukasurat 9 – 12).

b)  Semua spesimen yang dihantar untuk ujian Makmal Patologi Oral hendaklah disertakan dengan borang permohonan yang diisi dengan lengkap. Untuk borang cetakan LIS, tandatangan dan cop pemohon tidak diperlukan TETAPI masih diperlukan bagi permohonan yang menggunakan borang manual.

c)  Bagi kes segera dan kes USAINS :

        (i) Permohonan hanya boleh dibuat oleh doktor yang merawat. Kes berkenaan mestilah dimaklumkan kepada Pakar Patologi Mulut yang bertugas terlebih dahulu.

       (ii) Pastikan ruangan ‘Type of Case – Urgent’ dipilih. Nama Pakar Patologi Mulut yang dihubungi, tarikh,masa permohonan dicatatkan pada borang OPRF oleh pemohon . Jika tidak terdapat maklumat seperti berikut, maka spesimen tersebut tidak dikira sebagai kes segera.

       (iii) Bagi kes USAINS pula, pastikan nama Pakar Patologi Mulut yang dihubungi, tarikh,masa permohonan dicatatkan pada borang OPRF oleh pemohon walaupun ‘“Type of Case’” yang dipilih adalah ‘routine’.

Nota :
(i) Jika sistem LIS mengalami gangguan atau downtime, permohonan boleh dijalankan secara manual menggunakan borang manual Oral Pathology Request Form (OPRF) (RM 046/03/24 (P2). Borang OPRF boleh didapati di kaunter klinik dan OT atau boleh hubungi pihak makmal pada sambungan 5780/5781.

(ii) Setiap permohonan kes segera dan USAINS akan diberi keutamaan di setiap peringkat
(penerimaan, pemprosesan dan pengeluaran laporan keputusan histopatologi).

(iii) Laporan lisan hanya boleh disampaikan oleh Pakar Patologi Mulut kepada doktor yang merawat. Staf kategori lain tidak dibenarkan menerima laporan tersebut untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.