Laporan Keputusan Histopatologi
- Laporan keputusan histopatologi perlu disahkan oleh Pakar Patologi Mulut.
- Pihak wad/klinik boleh mengetahui status laporan keputusan histopatologi dengan menghubungi talian 09-7675780/5781.
- Pihak klinik boleh melihat laporan keputusan histopatologi secara atas talian mengunakan sistem https://onelabcentre.kk.usm.my jika laporan telah divalidasi oleh OP. Sila rujuk Tatacara Semakan Laporan Keputusan Histopatologi (mukasurat 13-15).
- Laporan keputusan histopatologi juga boleh diperolehi secara manual jika sistem mengalami kegagalan. Wakil yang menerima laporan keputusan histopatologi perlu menandatangani buku Rekod Penghantaran Dokumen Berkaitan Makmal Patologi Oral (HPUSM/OPATH/QP-03/R-01) sebagai bukti rekod penerimaan.
- Penyimpanan laporan keputusan histopatologi di dalam folder pesakit adalah tanggungjawab doktor yang merawat.
DOKUMEN TERKAWAL