Maklumbalas Pelanggan Dan Kajian Kepuasan Pelanggan
Segala pertanyaan, aduan dan cadangan daripada pesakit atau pengguna perkhidmatan makmal boleh dibuat secara bertulis / lisan dengan menggunakan borang berkaitan, email atau telefon kepada Penyelaras Makmal atau Pegawai Maklumbalas Pelanggan, Makmal Patologi Oral sebagaimana berikut:
Alamat : Penyelaras Makmal / Pegawai Maklumbalas Pelanggan
Makmal Patologi Oral
Pusat Pengajian Sains Pergigian
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kelantan, Malaysia
Telefon : 09-767 5780 / 5781
Email :
Pengguna perkhidmatan makmal perlu mengisi Borang Maklumbalas Pelanggan (HUSM/LCD/QP- 08/R1) yang diperolehi dari Makmal Patologi Oral. Borang perlu diserahkan kembali kepada pihak makmal untuk tindakan penambahbaikan perkhidmatan dan dokumentasi. Makluman berkenaan tindakan yang diambil oleh pihak makmal ke atas segala pertanyaan, aduan dan cadangan hanya akan diberikan kepada pengadu yang memberikan butiran lengkap. Sebarang pertanyaan, aduan dan cadangan yang tiada pengenalan diri tidak akan dilayan.
Kajian Kepuasan Pelanggan Makmal Patologi Oral dilakukan secara atas talian dengan mengisi borang di laman sesawang https://forms.gle/dABXRgX9RG9gH3a18 atau dengan mengimbas Kod QR berikut :
Segala maklumbalas dan kajian kepuasan pelanggan adalah dihargai dan akan diambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan (Pengurusan Maklumbalas Pelanggan dan Kajian Kepuasan Pelanggan - HUSM/LCD/QP-08).