Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM, Kampus Kesihatan (dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan) telah memulakan operasinya pada 1 September 1983 iaitu seusia dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia. Sebagai sebuah unit yang memberikan perkhidmatan diperingkat “Secondary Setting”, tumpuan membantu pakar-pakar perubatan, pengawai perubatan dan kakitangan paramedik dalam usaha memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit. Ini kerana masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana ianya berkait rapat dalam proses pemulihan secara keseluruhan.
Hospital hanya dapat menyediakan keperluan-keperluan asas perubatan seperti peralatan, ubat-ubatan, pakaian, makanan, kepakaran dan menyediakan wad-wad untuk pesakit tinggal, tetapi sebagai satu aspek penting bagi memelihara kesejahteraan hidup, masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana kedua-dua aspek ini punyai kaitan yang rapat dalam proses rawatan secara keseluruhan (treating the whole patient)