Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia ditubuhkan pada November 1983 selaras dengan penubuhan Hospital USM. Jabatan Radiologi berperanan memberi perkhidmatan yang mempunyai nilai-nilai diagnostik dengan mengamalkan prisip-prinsip perlindungan radiasi kepada semua pesakit dan orang ramai. Perkhidmatan fungsian utama Jabatan Radiologi yang diberikan terdiri daripada :-
1. Jabatan utama : MRI (Magnetic Resonance Imaging), AMIEN (Intervensi), Fluroskopi, CT Scan, ROSe (Radiology Oncall Services), WISH (Women Imaging Unit) dan Ultrasound.
2. Pusat trauma: DDR, CT Scan, Transbay dan Dewan Bedah
3. Satelit ( untuk pesakit luar)
4. Dental, PPSG
5. Portable
6. Dewan bedah
Fungsi utama perkhidmatan Jabatan Radiologi adalah menyediakan perkhidmatan radiografi am bagi pesakit dalam dan luar, menjalankan pemeriksaan radiografi mudah gerak dan radiografi dewan bedah, menyediakan perkhidmatan khas seperti, CT Scan, MRI, mammografi, fluroskopi, ultrasound, DEXA dan angiografi. Selain itu, Jabatan Radiologi juga menyediakan perkhidmatan intervensi dan menjadi rujukan kes daripada fasiliti luar dan menyediakan perkhidmatan juru x-ray di makmal kardiak invasive (ICL) dan radiografi pergigian.

Ct Biopsy

Training CT

CT

CT Course

Gotong-Royong

Perasmian Mri 1.5T