Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Panduan Pengambilan Dan Pengendalian Spesimen

TATACARA PENGAMBILAN SPESIMEN BIOPSI TISU BAGI UJIAN HISTOPATOLOGI

Prosedur:

  1. Sebelum prosedur biopsi tisu dilakukan, pemeriksaan menyeluruh extraoral dan intraoral adalah
  2. Segala penemuan klinikal seperti Pulp Sensibility Test dan radiografi (PA, BW, DPT, CT-Scan, MRI, CB-CT) dan keputusan makmal yang berkaitan perlu dinyatakan.
  3. Clinical/Provisional diagnosis serta segala maklumat klinikal berkaitan perlu diisi ke dalam borang Oral Pathology Request Form (OPRF) di bahagian yang disediakan.
  4. Kebenaran bertulis daripada pesakit perlu diambil setelah pesakit dimaklumkan mengenai penemuan diagnosis klinikal dan tujuan biopsi Semua risiko komplikasi daripada prosedur seperti pendarahan, bengkak, kecederaan saraf dan sebagainya yang berkaitan perlu diterangkan kepada pesakit.
  5. Sewaktu pemberian anestetik setempat, elakkan mencucuk terus ke dalam lesi kerana ini boleh menyebabkan perubahan pada tisu/sel dan mempengaruhi diagnosis.
  6. Tisu hendaklah dipegang dengan benang sutur atau non-toothed tissue forceps agar crush artifact dapat dielakkan. Biopsi tisu menggunakan elecrocautery hendaklah dielakkan kerana ini akan menyebabkan coagulative necrosis artifact pada tisu biopsi.
  7. Saiz sampel juga mestilah tidak terlalu kecil bagi mengelakkan tidak cukup tisu untuk diproses/dilaporkan.
  8. Bagi lesi yang besar atau tidak homogenous, multiple site biopsy hendaklah dilakukan. Setiap spesimen perlu dimasukkan ke dalam botol berasingan dan dilabel dengan jelas.
  9. Spesimen hendaklah dimasukkan ke dalam bekas spesimen yang mengandungi 10% buffered formalin dengan nisbah (1 bahagian tisu : 10 bahagian formalin). Pastikan saiz bekas spesimen yang digunakan adalah bersesuaian dan spesimen terendam sepenuhnya di dalam larutan formalin.
  10. Letakkan bekas spesimen dalam beg biohazard berzip rapat dan hantar ke makmal dengan segera.

Langkah keselamatan:

Patuhi semua garis panduan keselamatan untuk pengumpulan dan pengendalian spesimen biologi, termasuk pemakaian sarung tangan, cermin mata keselamatan atau pelindung muka, serta kot makmal.

TATACARA PENGAMBILAN SPESIMEN SITOLOGI EKSFOLIATIF ORAL

Panduan ini menyediakan prosedur langkah demi langkah untuk penyediaan Oral Smear  bagi mengenal pasti spesies Candida, yang sering dikaitkan dengan kandidiasis oral. Prosedur ini sesuai untuk kegunaan klinikal dan makmal.

Prosedur:

  1. Gunakan slaid kaca yang baharu dan bersih. Labelkan nama pesakit, nombor pendaftaran (RN), dan lokasi calitan dengan menggunakan PENSEL, pada hujung frosted slaid. Butiran pada slaid MESTI sepadan dengan maklumat pada borang permohonan.
  2. Minta pesakit berkumur untuk menghilangkan sisa dalam mulut. Gunakan spatula atau putik kapas steril untuk mengikis lesi dengan perlahan bagi mendapatkan sampel.
  3. Pindahkan bahan yang dikumpulkan ke atas slaid kaca dan ratakan secara sekata untuk membentuk calitan nipis.
  4. Biarkan calitan kering di udara pada suhu bilik selama 15 minit.
  5. Fiksasikan calitan dengan merendam slaid dalam Etanol 95% selama 10 minit. Kemudian, biarkan ia kering di udara sebelum dimasukkan ke dalam pemegang slaid.
  6. Letakkan pemegang slaid di dalam beg biohazard berzip rapat dan hantar ke makmal dengan segera.

Langkah keselamatan:

Patuhi semua garis panduan keselamatan untuk pengumpulan dan pengendalian spesimen biologi, termasuk pemakaian sarung tangan, cermin mata keselamatan atau pelindung muka, serta kot makmal.

Nota :

Pihak makmal membekalkan Oral Smear Kit kepada klinik. Jika item/reagen telah mencapai paras minimum, staf klinik boleh dapatkan bekalan tambahan di makmal.

**NOTA: Sila klik pada mana-mana tajuk atau simbol (+) untuk paparan lengkap.

DOKUMEN TERKAWAL