- Menjalankan penyaringan dan penilaian awal / susulan yang teliti untuk membuat diagnosis pesakit luar dan wad pemantauan serta rawatan susulan.
- Melaksanakan intervensi, rawatan dan rehabilitasi kepada pesakit mengikut skop masalah.
- Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga berkaitan masalah yang dihadapi dan isu berkaitan.
- Menyediakan dan memastikan kesinambungan terapi melalui Home-Based Program.
- Memberi khidmat konsultasi dan / atau kaunseling dalam combine clinics bersama pelbagai professional.
- Memberi konsultasi berkaitan Audiologi dan Patologi Pertuturan kepada para profesional lain.
- Menerima dan / atau merujuk pesakit kepada profesional berkaitan yang terlibat dalam pengurusan pesakit sama ada di dalam atau di luar Hospital USM.
- Menyediakan surat pelepasan kerja, surat lampiran dan laporan perubatan pesakit (jika diminta oleh pesakit atau mana-mana pihak berwajib yang berkepentingan).
- Mengurus permohonan pembelian, perolehan peralatan diagnostik dan rehabilitasi di klinik.
- Menyelia, mengawal, menyelaras dan menyelenggara ruang dan peralatan klinikal.
- Menjalani dan mengikuti kursus / latihan lanjutan bagi perkembangan terkini professional.
- Kawal, elak dan menghindari stress, sentiasa bermotivasi dan berprestasi unggul.