Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

LAPORAN

7.1 LAPORAN HISTOPATOLOGI

  1. Laporan histopatologi yang telah siap perlu disahkan oleh Pakar Patologi Mulut.
  2. Pihak wad/klinik akan dihubungi untuk pengambilan laporan histopatologi .
  3. Pihak wad/klinik boleh mengetahui status laporan histopatologi dengan menghubungi talian 09-7675780/5781.
  4. Laporan histopatologi hanya akan diserahkan secara Wakil yang menerima laporan histopatologi perlu menandatangani buku despatch sebagai bukti penerimaan.
  5. Penyimpanan laporan histopatologi di dalam folder pesakit adalah tanggungjawab doktor yang merawat.


7.2 PENGELUARAN SUPPLEMENTARY DAN REVISED REPORT

Laporan tambahan boleh dikeluarkan sekiranya terdapat:

  1. Tambahan maklumat kepada laporan asal, contohnya keputusan ujian khas – SUPPLEMENTARY REPORT.
  2. Penemuan atau diagnosis baru yang dibuat setelah berlaku semakan semula kes, atau pindaan kepada laporan asal ekoran kesilapan pada laporan asal yang dikeluarkan sebelumnya – REVISED REPORT.
  3. Pengeluaran laporan ini perlu dimaklumkan secara lisan kepada pemohon. Maklumat seperti nama penerima, tarikh dan masa laporan perlu direkodkan dalam laporan histopatologi.

7.3 PEROLEHAN SEMULA LAPORAN HISTOPATOLOGI

Pihak wad / klinik perlu mengisi buku rekod (PPSG/MPO/024) untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Makmal sekiranya memerlukan semula laporan histopatologi makmal yang telah dilaporkan.

7.4 CLINICO-PATHOLOGICAL CONFERENCE (CPC)

Pihak clinician boleh membuat permohonan untuk diadakan CPC  dengan menghubungi  Pakar  Patologi Mulut yang bertugas (rujuk 4.1 NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI m/s 6) dan maklumkan cadangan tarikh, masa dan tempat.