PERANAN & PERKHIDMATAN UTAMA
PERANAN / PERKHIDMATAN UTAMA
A) Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Perkhidmatan Dietetik Klinikal Pesakit Dalam
· Menyediakan perkhidmatan terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit dalam
wad HUSM merangkumi proses penilaian , diagnosis pemakanan, intervensi , pemantauan dan evaluasi serta
disampaikan kepada pesakit melalui khidmat nasihat pemakanan atau melalui penggunaan formula teraputik.
Perkhidmatan Dietetik Klinikal Pesakit Luar
· Menyediakan perkhidmatan terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit luar di
Klinik Dietetik merangkumi proses penilaian , diagnosis pemakanan, intervensi , pemantauan dan evaluasi
serta disampaikan kepada pesakit melalui khidmat nasihat pemakanan secara perjumpaan individu atau melalui
kaunseling kumpulan .
B) Perkhidmatan Makanan
Penyediaan dan sajian makanan secara berpusat bagi pesakit dalam wad termasuk membekalkan formula
pemakanan enteral kepada wad , menyediakan makanan penderma darah serta membekalkan makanan kepada
anggota hospital yang bertugas atas panggilan. Penyediaan/sajian makanan pesakit adalah merupakan
sebahagian dari rawatan