Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) skop perkhidmatan iaitu Pengurusan Pentadbiran dan juga Pengurusan Kewangan.
Pengurusan Pentadbiran bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran Hospital USM secara amnya dan menjadi urusetia bagi Mesyuarat Majlis Hospital USM, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hospital (JKPH), Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Hospital USM dan Mesyuarat Jawatankuasa Mortaliti dan Mobiditi SM.
Di samping tu, bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Hospital USM serta bertanggungjawab ke atas urusan perolehan Hospital USM.