Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Sumber Manusia UPKA berperanan untuk membantu pentadbiran Hospital USM dalam merancang, mengurus, menyelaras dan memantau aktiviti sumber manusia agar sejajar dengan keperluan jabatan dan unit dibawah Hospital USM serta seiring dengan misi dan visi Universiti.  Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) skop perkhidmatan iaitu Perkhidmatan dan Pengurusan Latihan Siswazah.

  1.  Perkhidmatan
    • Menguruskan, memantau dan mengemaskini cuti staf Hospital USM

    • Menguruskan Proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan/ Pelanjutan Tempoh Percubaan

    • Menguruskan lapor diri staf dan mengemaskini penempatan staf Hospital USM

    • Mengurus dan Memantau Penilaian Prestasi Tahunan Staf Melalui MyPerfomance

    • Menguruskan Pergerakan Gaji Tahunan Staf Hospital USM

    • Perjawatan, Stastistik dan Pertukaran Staf

    • Mengurus dan Merekod Permohonan Staf (Kelulusan/Perakuan) Kepada Pihak Pengurusan Hospital USM

  2.  Pengurusan Latihan Siswazah
    • Mengurus dan Menyelaras Latihan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) UD41

    • Menjadi Pemudahcara Antara PPS dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    • Mengemaskini maklumat Perjawatan dan Stastistik PPS

    • Menguruskan proses lapor diri, penempatan Latihan PPS.

    • Mengemas kini garis panduan latihan PPS, buku log, waktu berkerja fleksi serta cuti.

    • Mengurus dan menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Program Latihan PPS di peringkat Hospital.

    • Menyelaraskan penempatan PPS berdasarkan keperluan latihan, kekosongan dan keperluan perkhidmatan.

    • Menguruskan pendaftaran penuh PPS

    • Menghantar Laporan Teknikal serta Laporan Analisa ke KKM mengikut keperluan