Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

LAMAN KELESTARIAN JABATAN KESELAMATAN KAMPUS KESIHATAN

PENGANJUR

Program Kelestarian ini merupakan program anjuran Bahagian Kelestarian Kampus di bawah naungan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi (TNC JIM&KI).  Program ini menekankan konsep Pejabat Hijau dan juga 17 Matlamat Pembangunan Lestari.

KONSEP PEJABAT HIJAU

Konsep pejabat hijau ialah pendekatan lestari dan mesra alam. Ia melibatkan pelaksanaan amalan dan dasar yang mengurangkan kesan alam sekitar dalam amalan dan penggunaan seharian di pejabat. Konsep pejabat hijau perlu diterapkan dalam amalan seharian untuk mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan kelestarian. Ia boleh membawa kepada penjimatan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga dan kos pelupusan bahan buangan, serta peningkatan semangat dan produktiviti staf.

MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

Dalam program ini, kita juga dikehendaki untuk menerapkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SDGs adalah rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua.

KOMPONEN PEJABAT HIJAU

Untuk program kelestarian ini, kita harus mengamalkan 5 komponen utama di bawah dalam merealisasikan Pejabat Hijau.