BENGKEL KELESTARIAN KAMPUS KESIHATAN TEKANKAN TINDAKAN PROAKTIF PTJ DALAM MENYOKONG AGENDA SDG
Bengkel Kelestarian Kampus Kesihatan berjaya diadakan di Min House Camp dengan penyertaan daripada Pegawai-Pegawai Kelestarian yang dilantik di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Bengkel yang turut dihadiri Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail itu bertujuan mencetuskan idea-idea baharu yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, meminimumkan pembaziran sumber serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Kredit Teks dan Gambar : Facebook USM Kampus Kesihatan 22 April 2025. Link - https://tr.ee/K9rJD-LbnH




