
Majlis Pelancaran Program Kelestarian Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan pada 10 Ogos 2023. Bersama Pengarah, pengurusan dan warga Hospital USM segenap lapisan hari ini senada dalam usaha melestarikan alam sekitar sebagai bukti sokongan berterusan agenda Universiti APEX berkenaan pelaksanaan urusan kelestarian dan kesejahteraan kampus yang dilaksanakan universiti. Menurut Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, agenda kelestarian bukan sesuatu yang baharu bagi warga USM.
Pelbagai usaha telah dibuat dan ini terbukti dengan pencapaian universiti mengekalkan kedudukan keempat terbaik dunia dalam senarai terkini ‘The Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023’. “Ia sekaligus meletakkan USM di kedudukan pertama di Asia dalam ‘ranking’ kelestarian selain unggul di kedudukan pertama dalam ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) SDG16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh.
“Oleh itu, kita sebagai salah satu pusat tanggungjawab (PTJ) di USM tidak seharusnya ketinggalan dalam usaha ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tambah Nik Hisamuddin, pelaksanaan amalan hijau dalam pengurusan fasiliti hospital berupaya memberikan penjimatan tenaga yang optimum, mengurangkan kos utiliti dan perbelanjaan operasi hospital, menyediakan kualiti udara dalaman yang baik di samping meningkatkan prestasi dan keupayaan keseluruhan bangunan.
Bagi peringkat Jabatan Keselamatan USM Kampus Kesihatan, Program Kelestarian telah bermula pada 14 Julai 2023. Progam ini di selia oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik untuk menjayakannya. Setiap anggota telah diberi penerangan berkaitan program tersebut dan turut serta terlibat.
Kredit Teks dan Gambar Asal : MPRC HPUSM - https://hospital.usm.my/index.php/profil/berita-aktiviti/warga-hospital-usm-komited-memperkasa-agenda-kelestarian-universiti