OBJEKTIF
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 25
Bahagian In Patient
Mengendalikan pesakit yang berpotensi untuk kemasukan ke wad. Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau jabatan perubatan kecemasan untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya ke atas pesakit.
Bahagian Out Patient
Bahagian yang mengendalikan rawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari dan perkhidmatan ini perlu disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital.
Materniti dan NICU
Bahagian Dewan Bedah
Bahagian ini berperanan menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit termasuk juga menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.
Bahagian Perkembangan Kejururawatan
Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti terutama dalam memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai. Perancangan seterusnya adalah bahagian akan melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan di jabatan. Bahagian ini juga menyelaraskan pengurusan peningkatan kerjaya jururawat dalam sub kepakaran, ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.
Berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau pengurusan dasar/ peraturan/ statut/ governan dan mesyuarat utama di Hospital USM serta keperluan utama pengurusan selain turut terlibat dalam pengurusan inovasi dan kualiti pengurusan inovasi dan kualiti perkhidmatan Hospital USM.
Borang Unit Pentadbiran & Kemudahan Am
[cog] [users]