e-Kaunseling
PENGENALAN
Perkhidmatan kaunseling di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) secara rasminya bermula pada Januari, 2019 dan ditempatkan di bawah Unit Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia. Ianya merupakan inisiatif baharu pihak hospital bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari aspek fizikal dan psikologi kepada pesakit dan warga hospital HUSM. Perkhidmatan kaunseling ini disasarkan kepada para pesakit, waris pesakit dan staf-staf hospital yang memerlukan sokongan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling ini dikendalikan oleh kaunselor yang mempunyai kelayakan khusus dalam pengendalian kaunseling dan berdaftar secara profesional sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
VISI
Memberikan perkhidmatan kaunseling yang sistematik kepada klien Hospital USM (pesakit/waris/staf) yang dirujuk atau memerlukan bagi membantu klien tersebut supaya mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan berterusan selari dengan pelan strategik, visi dan misi Hospital USM.
MISI
Mengutamakan keperluan klien dengan membantu mereka mencapai kualiti hidup yang positif.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan tindakan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh
terima rujukan kes dalaman hospital terutamanya bagi pesakit/waris pesakit di wad. - Memastikan tindakan diambil dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
terima rujukan bagi kes luar. - Sesi kaunseling dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit bagi satu sesi.
UNIT KLINIKAL HOSPITAL USM
- Info Korporat
- Carta Organisasi Unit Klinikal
- Skop Perkhidmatan Unit Klinikal
- Pengurusan Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Pengurusan Perkhidmatan Pesakit Luar & Day Care
- Pengurusan Perkhidmatan Pentadbiran & Latihan
- Pengurusan Risiko dan Keselamatan Pesakit
- Pengurusan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan
- Pengurusan Perkhidmatan Jaringan Komuniti
- Pengurusan Perkhidmatan Penyelidikan dan Inovasi
- Penyelarasan dan Pemantauan Sijil Amalan Tahunan (APC) Doktor dan Staf
- Pengurusan Perkhidmatan Kauseling bagi Pesakit, Waris dan Staf Hospital USM
- Pautan Borang Berkaitan
- Hubungi Kami
Borang-borang Unit Klinikal