Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Polisi & Fungsi Utama Unit Klinikal

Polisi Unit Klinikal

  1. Memastikan perkhidmatan klinikal yang selamat, berkesan, tepat pada masanya, efisyen, berpaksikan pesakit dan adil untuk semua.

  2. Memastikan polisi dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan klinikal memenuhi keperluan plan strategik Hospital USM 2018 -2025



Fungsi Utama Unit Klinikal

  1. Menyelaras perkhidmatan klinikal Hospital USM bagi memenuhi fungsi sebagai sebuah hospital pendidikan, pengajaran, penyelidikan dan hospital rujukan dengan memberi penekanan terhadap penjagaan keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran penjagaan pesakit.

  2. Menyelaras pengurusan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

  3. Mengenalpasti keperluan dasar / polisi berkaitan keselamatan pesakit, keselamatan staf dan keselamatan persekitaran penjagaan pesakit dan menyelaras aktiviti penghasilan polisi , garis panduan tersebut.

  4. Menyelaras aktiviti pembangunan kompetensi fungsian staf dan kompetensi berkaitan keselamatan pesakit, staf dan persekitaran penjagaan pesakit.

  5. Menyelaras aktiviti penganjuran program dan pelaporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi Program KPT Prihatin, Komunti Sejahtera (KRIS) anjuran PTJ di Kampus Kesihatan, Pusat Sejahtera, IPPT dan Pusat Rancangan Ko-Kurikulum USM Kampus Induk.

  6. Bekerjasama dengan semua pusat pengajian dan jabatan di USM bagi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

  7. Bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan dan swasta bagi pemajuan bidang kesihatan di dalam dan luar negara sebagaimana yang dibenarkan oleh Universiti.
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 235