Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PANDUAN PENYEDIAAN & PENGHANTARAN UJIAN & SPESIMEN

  • Pastikan nama, nombor pendaftaran, nombor kad pengenalan, pesakit dikenalpasti sebelum darah diambil. Ambil darah seorang pesakit pada setiap satu masa.
  • Isi spesimen darah sehingga tanda aras yang ditetapkan pada tiub.
  • Label tiub/bekas spesimen dengan nama pesakit, RN, wad atau klinik, masa sampel diambil, tarikh sampel diambil, dan jenis ujian dipohon. Staf yang mengambil spesimen dan staf yang melabel spesimen tersebut mestilah individu yang sama di katil pesakit. Dilarang melabel dua atau lebih sampel pesakit dalam satu masa.
  • Ambil darah pesakit secara aseptik dan guna tiub spesimen betul.
  • Sebatikan darah dengan antikoagulan dalam tiub yang mengandungi antikoagulan, untuk mengelakkan darah beku (clotted).
  • Hantar spesimen ke makmal dengan segera. Dilarang simpan spesimen darah untuk ujian koagulasi dalam peti ais sebelum dihantar.
  • Jika hantar spesimen koagulasi bersama ais, letak spesimen dan ais dalam plastik yang berasingan dalam plastik biohazard.
  • Spesimen ujian G6PD (darah kering pada kertas turas): label dan masukkan satu spesimen dalam satu plastik biohazard sahaja.
  • Lupus bahan pengambilan spesimen (jarum, picagari, kapas, dll) ke dalam bekas kuning biohazard yang sesuai.