Permohonan ujian yang masih memerlukan penggunaan borang permohonan hendaklah dihantar bersama borang permohonan ujian. Borang permohonan ujian makmal hematologi perlu diisi lengkap dengan maklumat berikut dengan betul:
Maklumat pesakit (Nama, RN, jantina, umur, wad/klinik)
Jenis spesimen dan ujian yang dipohon.
Prosedur yang dilalui pesakit (pre/post transfusi, preskripsi, dll).
Rawatan yang sedang diberikan.
Ringkasan sejarah klinikal pesakit yang relevan.
Masa, waktu dan tarikh spesimen diambil.
Pemohonan mesti didaftarkan di dalam LIS (untuk ujian tertentu)
Permohonan ujian yang dihantar ke makmal mestilah telah menerima persetujuan dari pesakit. Pihak wad/klinik bertanggungjawab mendapatkan persetujuan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pihak makmal untuk mengekalkan kerahsiaan keputusan ujian dan maklumat pesakit.