PANDUAN PERMOHONAN UJIAN MAKMAL HEMATOLOGI
UJIAN RUTIN
Ujian yang dilakukan ke atas pesakit untuk mengesan kondisi klinikal yang biasa atau sebagai saringan awal untuk ujian seterusnya. Boleh dipohon pada waktu pejabat dan luar waktu pejabat (oncall).
UJIAN URGENT/SEGERA/STAT
Ujian yang disegerakan oleh sebab kecemasan sahaja. Ujian yang dipohon akan diberikan keutamaan dalam proses analisis dan pengeluaran keputusan ujian. Boleh dipohon pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat (oncall).
UJIAN KHUSUS
Ujian pengesahan. Permohonan ujian perlu dibuat melalui temujanji atau tanpa temujanji bergantung kepada jenis ujian yang dipohon. Hanya diterima dan dianalisa pada waktu pejabat sahaja kecuali bagi kes kecemasan.