Ujian-ujian hematologi disediakan untuk terutamanya kepada pesakit di wad-wad dan klinik-klinik Hospital USM. Pesakit dari hospital dan klinik kerajaan, hospital dan klinik swasta, dan pusat-pusat kesihatan lain boleh menggunakan perkhidmatan ini melalui rundingan terlebih dahulu di antara Pegawai Perubatan pesakit berkenaan dengan Pegawai Perubatan/Pakar Hematologi di Hospital USM.
Spesimen yang diterima akan diproses dan keputusan ujian dikeluarkan setelah disahkan oleh Pakar Hematologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, atau Juruteknologi Makmal Perubatan. Pemohon ujian diminta mengisi ruang ‘status permohonan’ (kecemasan atau rutin) pada LIS dan/atau borang permohonan ujian.