Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HARGAI PENDENGARAN: PANCAINDERA PENTING YANG SERINGKALI DIREMEHKAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Februari 2024 – Pendengaran adalah salah satu pancaindera yang terpenting, namun sering kali diambil mudah. Malaysia merekodkan lebih daripada 40,000 penduduk berdaftar sebagai orang kelainan upaya (OKU) pendengaran pada tahun 2023.

IMG 20240228 WA0028

Berita penuh di laman web: https://hospital.usm.my/index.php/profil/berita-aktiviti/hargai-pendengaran-pancaindera-penting-yang-seringkali-diremehkan

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 67

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2024

banner laman web

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa menjelang tahun 2050, hampir 2.5 bilion populasi dunia akan mengalami masalah pendengaran dan sekurang-kurangnya 700 juta daripada mereka memerlukan rehabilitasi. Kegagalan tindakan awal akan memberi kesan terhadap status kewangan individu tersebut kerana kesukaran mereka dalam berkomunikasi, pendidikan dan pekerjaan.

Seiring dengan Hari Pendengaran Sedunia 2024 yang disambut pada 3 Mac setiap tahun, Kampus Kesihatan USM akan menganjurkan sambutan ini dengan bertemakan "Penjagaan Telinga Dan Pendengaran Untuk Semua".

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti ceramah, ujian saringan pendengaran dan konsultasi alat bantu pendengaran. Bersama-sama kami memeriahkan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2024 di Kampus Kesihatan USM.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 156