Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENGENALAN

Jabatan Hematologi dan Unit Perubatan Transfusi (dahulu dikenali sebagai Tabung Darah) mula beroperasi pada 1 Ogos 1983 dengan menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik, penyelidikan dan pembelajaran.

Selaras dengan objektif universiti untuk menjadkan Universiti Sains Malaysia sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pakar dari dalam dan luar negara, kedua-dua unit ini sentiasa menilai dan membentuk perkhidmatan-perkhidmatan baru yang berkaitan dengan bidang hematologi dan perubatan transfusi.

Secara rasmi, unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang berkaitan dengan pengguanaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, Unit Tabung Darah bukan sahaja membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik dan perkhidmatan 'advisory' untuk perawatan/penjagaan pesakit. Maka, Unit Tabung Darah telah ditukar namanya kepada Unit Perubatan Transfusi bermula pada 1 Jun 2003.

Kini, Jabatan Hematologi adalah di bawah pentadbiran pusat tanggungjawab (PTJ) Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), manakala Unit Perubatan Transfusi adalah di bawah pentadbiran pusat tanggungjawab Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM).