Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Logo USM Bulat
Pengurusan Tertinggi Makmal Perubatan (PTMP)
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)


Berita & Aktiviti PTMP

Bengkel Pelan Kontingensi Makmal Perubatan Hospital Pakar USM, Siri 1. Ceramah Online.

Bengkel Pelan Kontingensi Makmal Perubatan HPUSM: Siri 1 Berjaya Dilaksanakan

  • Kubang Kerian, Kelantan – Pada Ahad, 23 Februari 2025, AJK Bengkel Pelan Kontingensi Makmal Perubatan USM, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah berjaya melaksanakan Siri 1 Bengkel Pelan Kontingensi Makmal Perubatan. Bengkel ini diadakan secara dalam talian dan bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi gangguan operasi, sejajar dengan standard MS ISO 15189:2022.
  • Bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 8:30 pagi melalui platform WebEx. Seramai 45 peserta, terdiri daripada pelbagai jabatan makmal perubatan, telah menghadiri sesi ini.
  • Pada pukul 9:00 pagi, ceramah pertama bertajuk "Pengenalan Kriteria Keperluan Pelan Kontingensi Makmal MS ISO 15189:2022" disampaikan oleh Puan Fariza Wan Abdullah dari Jabatan Standards Malaysia. Sesi ini diikuti dengan sesi soal jawab yang memberikan peluang kepada peserta untuk bertanya dan memahami dengan lebih mendalam.
  • Ceramah kedua dimulakan pada pukul 10:15 pagi dengan tajuk "Mengenalpasti Pengurusan Bencana di KK USM, SOP sedia ada dan pekara yang HPUSM & makmal perlu lakukan", yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah dari Jabatan Kecemasan PPSP. Sesi ini juga diikuti dengan sesi soal jawab yang interaktif.
  • Bengkel ini berakhir pada pukul 11:30 pagi, dengan para peserta bersurai setelah sesi yang produktif dan informatif.
  • Bengkel ini telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan pelan kontingensi dalam makmal perubatan. Selain itu, ia juga membantu mengenal pasti potensi risiko dan langkah-langkah mitigasi bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan makmal, serta meningkatkan kecekapan staf dalam mengendalikan situasi kecemasan dan gangguan operasi.
  • Dengan kejayaan Siri 1 ini, HPUSM berharap Siri 2 yang akan diadakan secara bersemuka pada Mei 2025 akan meneruskan momentum yang telah dicapai dan memberikan lebih banyak ilmu dan kemahiran kepada peserta dalam menyediakan pelan kontingensi yang komprehensif dan efektif.
  • Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, terutama kepada penceramah, fasilitator, dan peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi.
  • Rakaman Siri 1, Bengkel: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/ldr.php?RCID=50cd57fdabefeba13bd789d3eb492b34

Taklimat Pengurusan Risiko Makmal (Khamis, 20 Feb 2025)

Taklimat Pengurusan Risiko Makmal Menarik Minat Pelbagai Pihak

  • Pada Khamis, 20 Februari 2025, satu taklimat penting bertajuk "Penggunaan Borang Baru Pengurusan Risiko (QP-05) Prosedur Kualiti Makmal Perubatan MS ISO 15189:2022" telah dianjurkan. Acara ini diadakan secara dalam talian melalui platform WebEx dan menarik perhatian ramai dengan seramai 150 peserta mendaftar.
  • Penceramah utama, Dr. Tuan Noorkorina Tuan Kub, berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan penggunaan borang baru ini untuk memastikan kualiti makmal perubatan mengikut standard MS ISO 15189:2022. Taklimat ini berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi.  

  • Taklimat ini diiktiraf dengan 2 mata myCPD oleh Universiti Sains Malaysia (USM), menjadikannya satu peluang pembelajaran yang bernilai bagi semua peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pengurusan risiko dalam makmal perubatan.

  • Taklimat yang berjalan lancar dan penuh informasi ini telah membuka kesedaran peserta dari pelbagai makmal perubatan dan makmal kesihatan primer, yang terdiri daripada pakar patologi, pegawai sains, juruteknik makmal perubatan, dan saintis makmal perubatan.

  • Webex meeting recording: Ceramah Pengurusan Risiko Makmal: Penggunaan Borang Baru Pengurusan Risiko (QP-05), Prosedur Kualiti Makmal Peru-20250220 0257-1
    Recording link: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/ldr.php?RCID=68cc9f7fc6bee16247853e5b23beb384

Mesyuarat Diagnostik Makmal HPUSM 1/2025 dan Majlis Pelantikan serta Apresiasi (Isnin, 9 Feb 2025)

London
Toronto, ON
New York City
Boston, MA

    Mesyuarat Diagnostik Makmal HPUSM Bilangan 1/2025 dan Majlis Pelantikan serta Apresiasi

    • Pada Ahad, 9 Februari 2025, Kubang Kerian, Kelantan. Pihak Pengurusan Tertinggi Makmal, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah mengadakan Mesyuarat Diagnostik Makmal yang dihadiri oleh semua wakil penurusan makmal, Pengurusan Tertinggi Makmal Perubatan dan Pihak Pengurusan Tertinggi HPUSM. Mesyuarat ini juga disertai oleh Dato’ Pengarah yang mengadakan majlis pelantikan dan apresiasi ringkas untuk pasukan lab-based, 11 makmal bertauliah HPUSM yang merupakan "wira yang kurang didendang".
    • Pertemuan ini dijalankan secara bersemuka, bukan sahaja dari muka ke muka tetapi juga dari hati ke hati. Ini diharapkan akan membuahkan hasil yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti servis diagnosis di HPUSM.
    • Pelbagai isu berbangkit dari setiap makmal, termasuk peralatan, aset, infrastruktur, bajet, sumber manusia, dan kemajuan kerjaya telah dibincangkan secara terbuka dan mesra, seperti dalam suasana keluarga. Ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama di antara semua pihak yang terlibat.
    • Majlis pelantikan dan penghargaan ini bertujuan menjadi motivasi kepada semua staf yang terlibat. Meskipun nampak sederhana, usaha mereka yang luar biasa dijangka akan memberikan impak yang besar.
    • Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Dato’ Pengarah, Timbalan Pengarah (Operasi) HPUSM, pasukan pengurusan makmal, dan semua yang terlibat atas komitmen mereka yang berterusan.
    • Penyelaras Pengurusan Makmal HPUSM 2025-2027, mengakhiri ucapan dengan penuh keyakinan bahawa mesyuarat ini akan membawa perubahan yang positif dan bermakna kepada perkhidmatan makmal perubatan di HPUSM.
    • Post FB: https://www.facebook.com/1632455324/posts/10231314206431731/?mibextid=wwXIfr&rdid=8YaIOxyD8JvFrQLB
    For Our CLIENTS

    Your Benefits

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adip
    iscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

    Modern Technology

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adi piscing elit, sed do eiusmod tempor incidid unt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam.

    Always Available

    Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod.

    MS ISO 15189 Certified

    Tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

    Qualified Personnel

    Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum. Dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupid non proident, sunt in culpa qui officia.