Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

AKTIVITI TAHUN 2025

11 FEB 2025
Program Kesedaran Kesihatan dan Bantuan Persekolahan Penduduk Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan.
Unit BestARi telah menyertai Program Kesedaran Kesihatan Penduduk Kampung Gual Periok, Rantau Panjang pada 11 Februari 2025 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Rantau Panjang.
Program ini dianjurkan oleh Unit Klinikal Hospital Pakar USM dengan kerjasama SMK Gual Periok dan Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO).
Perasmian bagi program ini dilaksanakan oleh Profesor Dr. Zaidi Zakaria, Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Pakar USM, Kampus Kesihatan.
Secara keseluruhannya, Program Kesedaran Kesihatan ini telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skop yang lebih luas untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk. Unit BestARi berbesar hati dapat turut serta dalam usaha ini dan bersedia untuk menyokong program kesihatan yang akan datang.
15 FEB 2025
Pada 15 Februari 2025- Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM, Kampus Kesihatan telah dijemput untuk mengadakan Saringan Kesihatan Payudara bersempena dengan Program Kempen Sayangi dan Hargai Payudara Wanita Kelantan tahun 2025.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama PAPISMA, Kerajaan Negeri Kelantan, Unit BestARi, dan Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Ianya berlangsung di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh mulai jam 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari.
Antara aktiviti dijalankan sebagaimana berikut:
1. Pemeriksaaan Kesihatan
2. Ceramah Kesihatan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan wanita, tentang kepentingan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara.
Kesimpulannya, Program ini telah memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pemeriksaan awal kanser payudara di kalangan wanita. Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan, dan ramai peserta menyatakan hasrat untuk terus mengamalkan pemeriksaan berkala. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kesedaran dan kesihatan wanita sentiasa terpelihara.
18 FEB 2025
18 Februari - Program Majlis Tautan Kasih BestARi 2025 telah dianjurkan oleh Unit BestARi, Hospital Pakar USM sebagai salah satu inisiatif untuk memberi sokongan moral kepada pesakit kanser payudara, para survivor serta kakitangan Unit BestARi.
Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pesakit dan staf perubatan, serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sokongan emosi dan psikososial dalam perjuangan melawan kanser payudara.
Tentatif Program adalah seperti berikut:
MASA PERKARA
2.00 pm - 2.15 pm Ketibaan jemputan
2.15 pm - 2.20 pm Ucapan aluan
2.20 pm - 2.30 pm Ucapan Ketua Unit BestARi
2.30 pm - 2.40 pm Ucapan Perasmian oleh
Profesor Dr. Zaidi Bin Zakaria
Timbalan Pengarah (Klinikal)
Hospital Pakar USM
2.40 pm – 3.00 pm Bacaan Tahlil dan Doa Selamat
3.00 pm – 4.00 pm Tazkirah : Sembang Tautan Kasih
4.00 pm – 4.30 pm Minum petang & jamuan potluck
Majlis telah berlangsung dengan jayanya.
19 FEB -20 FEB 2025
Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) Hospital Pakar USM telah membuka gerai pameran sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025 anjuran Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital Pakar USM dengan kerjasama Persatuan Kanser Pantai Timur.
Pameran ini berlangsung selama dua (2) hari iaitu bermula 19 Februari hingga 20 Februari 2025. Pameran ini dibuka di dua lokasi iaitu di Foyer Auditorium Hospital dan Laluan Farmasi, Kampus Kesihatan.
Objektif utama sambutan ini adalah sebagai menyokong hari kanser sedunia tahunan dan perkongsian mengenai maklumat-maklumat kesedaran, perawatan kanser dan mendedahkan perkhidmatan jabatan lain di Hospital USM yang berkaitan penyakit kanser.
22 FEB 2025
Pada 22 Februari 2025, Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam ‘Setulus Budi, Serumpun Kasih’ bertempat di Hotel IBIS, Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang bertemakan ‘White & Denim’ ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kehangatan.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan staf yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan pelbagai program kesedaran dan penyelidikan berkaitan kanser payudara.
Majlis ini menjadi lebih meriah dengan persembahan istimewa lontaran puisi oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya, Ketua Unit BestARi, yang diiringi dengan petikan gitar oleh Dr. Wan Zainira Wan Zain. Persembahan ini bukan sahaja menceriakan suasana tetapi juga mengeratkan hubungan antara staf."
28 FEB 2025
Pada 28 Februari 2025, satu ceramah kesihatan bertajuk "Awareness Saves Lives" (Kenali Simptom Kanser Payudara Awal) telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya, Ketua Unit BestARi merangkap Pakar Perunding Kanan Pembedahan Endokrin & Payudara. Ceramah ini telah diadakan di Butik Siti Khadijah, Kubang Kerian.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya pengesanan awal simptom kanser payudara, serta langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang boleh diambil. Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin turut berkongsi pengetahuan serta pengalaman klinikal beliau dalam mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit ini dan kepentingan pemeriksaan berkala.
Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 pagi.
26 MAC 2025
6 Mac 2025- 'Breast Cancer Awareness and Research Unit’ (BestARI), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Cancer Survivor Malaysia (CSM) dan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA) telah mengadakan program Santuni Pesakit Kanser Payudara, hari ini.
Program ini bertujuan memberi sokongan moral, emosi dan bantuan kewangan kepada 72 pesakit kanser melalui lawatan dan penyampaian sumbangan kepada pesakit wad 3 Utara, Klinik BestARI, dan Klinik Nuklear, Onkologi dan Radioterapi di HPUSM.
Unit BestARI dan UKEKWA menyumbangkan kelengkapan asas solat sebagai tanda keprihatinan mereka manakala PAPISMA, MAKNA dan CSM turut menghulurkan sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit.
Program ini bukan sekadar memberi bantuan keperluan harian kepada pesakit tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser payudara serta memberi maklumat berkenaan sokongan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser di Kelantan sekaligus memberi mereka harapan dan sokongan berterusan.
19 APR 2025
19 April 2025- 'Breast Cancer Awareness and Research Unit’ (BestARI), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Unit BestARi telah menyertai Program Saringan Kesihatan Penduduk di Rantau Panjang. Program ini dilaksanakan bertempat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing),Rantau Panjang, Kelantan.
Saringan Kesihatan ini merupakan program Libatsama Merican-USM. Selain Saringan Kesihatan Payudara, terdapat pelbagai lagi saringan kesihatan dilakukan seperti berikut :
i. Pemeriksaan Saringan Asas USM Kampus Kesihatan
ii. Pemeriksaan Saringan Mata dan Penglihatan
iii. Pemeriksaan Saringan Kesihatan Telinga, Hidung, Tekak
iv. Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan
v. Perkhidmatan Saringan Perubatan Pemulihan
vi. Perkhidmatan Rundingcara OKU
vii.Pemeriksaan Kesihatan Gigi
Secara keseluruhannya, Program Kesedaran Kesihatan ini telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan payudara.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skop yang lebih luas untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk. Unit BestARi berbesar hati dapat turut serta dalam usaha ini dan bersedia untuk menyokong program kesihatan yang akan datang.
22 APR 2025

Demonstrate and Trial of TAIHO Medical Al Software at Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi) by Team Metro Medic Sdn. Bhd.

6 MEI 2025
MESYUARAT ADVOKASI MAMMOGRAM
Tarikh : 6 Mei 2025 (Selasa) 8 Zulkaedah 1446H
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat tersebut bertempat di Kompleks Kota Darulnaim.
Advokasi Mammogram ini adalah melibatkan U-KeKWa dengan kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi), HPUSM serta Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP).
Mesyuarat ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan rawatan kanser payudara khususnya dalam kalangan wanita.
Kerjasama strategik antara pelbagai pihak ini diharapkan dapat memperluaskan capaian perkhidmatan dan memudahkan para wanita mendapatkan maklumat yang tepat. Kesihatan wanita bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh komuniti.
Semoga kita terus menyokong usaha seperti ini demi memastikan wanita di negara kita sentiasa diberi keutamaan dalam aspek penjagaan kesihatan.
Unit BestARi telah diwakili oleh Pegawai-pegawai berikut untuk menghadiri mesyuarat tersebut :
Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din
(Penyelaras Bahagian Pendidikan & Komuniti)
Dr. Noorshahida Mohamed Noordin
(Pegawai Perubatan)
Dr. Lau Chiew Chea
(Pensyarah Perubatan)
Pn. Wahida Daud
(Penyelia Jururawat)
15 JUN 2025
15 JUN 2025 - Unit BestARi, Hospital Pakar USM telah mengadakan Pameran “WOMEN AND CANCER” DI Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan.
Pameran tersebut telah diadakan di Bilik Seminar A, Pusat Pengajian berkenaan, dan disertai oleh para pelajar perubatan.
Syarahan juga turut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya dengan tajuk "Women and Cancer".
Dua orang jururawat yang terlibat dalam pameran tersebut iaitu SN Nik Hasniza Nik Ibrahim (Klinik BestARi dan SN Nor Hazliana binti Che Harun (Wad 3 Utara). Team pameran berkenaan turut dibantu oleh pelajar latihan industri di bawah seliaan Dr. Tengku Ahmad Damitri Al Astani Tengku Din.