Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Pengenalan

Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia bermula pada bulan September 2000. Pada awal perkhidmatan, ia terletak di Unit Kemalangan & Kecemasan Hospital USM untuk memberikan perkhidmatan klinikal asas kepada kakitangan USM dan keluarga. Perkhidmatan ini bermula dengan 2 unit kerusi pergigian dan rawatan diberikan kepada hampir 20 pesakit setiap hari.

   Blok bangunan baru Pusat Pengajian Sains Pergigian siap didirikan dan telah disempurnakan perasmiannya pada 22 Mac 2003 oleh Yb Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Seiring dengan objekif penubuhan hospital untuk menjadi sebuah hospital pengajar dan rujukan cemerlang, Pusat Pengajian Sains Pergigian telah memperuntukkan ruang bawah di bangunan tersebut sebagai ruang operasi baru bagi Perkhidmatan Pergigian bermula Disember 2002. Ia mula dibuka kepada orang ramai dan menerima semua kes pergigian atau kes rujukan dari luar dan dalam Hospital USM.

   Semua pengamal pergigian iaitu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian & Juruterapi Pergigian di Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti  Sains Malaysia adalah tertakluk kepada Rang Undang-Undang Pergigian 2017.

Antara perkhidmatan pergigian yang utama yang disediakan untuk pelanggan iaitu :

i. Perkhidmatan pesakit luar

  • Klinik Rawatan Keluarga Pergigian (KRK-G)
  • Klinik Pakar Pergigian (KPP-G)
  • Klinik Pergigian Kanak-Kanak.

ii. Perkhidmatan pesakit dalam

  • Wad 4 Timur Depan
  • Wad 2 Selatan
  • Sleep Lab

iii. Perkhidmatan sokongan klinikal

  • Unit Radiologi Pergigian

iv. Dewan bedah PPSG

v. Perkhidmatan pergigian bergerak

vi. Perkhidmatan pergigian eksekutif

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 26

PengenalanURP

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 79

Fungsi-Fungsi Utama Unit

  1. Pentadbiran dan kompetensi
  • Tertakluk pada pihak pengurusan
  • Menghantar staf ke kursus yang berkaitan- pengurusan jenazah, pengurusan jenazah berisiko tinggi, kursus embalming,kursus medicolegal
  • Penghantaran dokumen dan rekod luar dan dalam
  1. Pengurusan jenazah dan kes
  • Menjalankan pendaftaran kematian di unit
  • Transit/penyimpanan mayat/jenazah di unit forensik
  • Menyiasat punca kematian (postmortem)
  • Penghantaran spesimen ke makmal
  • Memudahcara urusan keluar jenazah- pemandian, van jenazah, embalming, pengurusan rekod kes
  • Urusan bersama agensi luar- urusan dengan polis, unit forensik luar, MAIK, NGO (Buddhist Club) , kedutaan, pejabat kesihatan, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kimia
  1. Pengurusan sumber dan persekitaran
  • Pengurusan bahan kimia- perbekalan, simpanan, penggunaan dan lupus
  • Pengurusan kebersihan dan keselamatan-pencucian alatan, kawalan makhluk perosak, urusan linen kotor
  • Mematuhi protokol keselamatan dan kesihatan unit
  • Pengurusan asset, alat tulis dan alat pakai habis
  • Urusan pelajar yang melawat, pelajar perubatan dan pelajar sarjana
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 212

Pengenalan

Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM, Kampus Kesihatan (dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan) telah memulakan operasinya pada 1 September 1983 iaitu seusia dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia. Sebagai sebuah unit yang memberikan perkhidmatan diperingkat “Secondary Setting”, tumpuan membantu pakar-pakar perubatan, pengawai perubatan dan kakitangan paramedik dalam usaha memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit. Ini kerana masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana ianya berkait rapat dalam proses pemulihan secara keseluruhan.

Hospital hanya dapat menyediakan keperluan-keperluan asas perubatan seperti peralatan, ubat-ubatan, pakaian, makanan, kepakaran dan menyediakan wad-wad untuk pesakit tinggal, tetapi sebagai satu aspek penting bagi memelihara kesejahteraan hidup, masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana kedua-dua aspek ini punyai kaitan yang rapat dalam proses rawatan secara keseluruhan (treating the whole patient)

 

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan kebajikan dan sosial dengan lengkap, jujur dan berkesan dalam rawatan pemulihan yang komprehensif kepada pesakit.
  • Bertanggungjawab membantu memulihkan semula dan memaksimumkan kefungsian sosial pesakit-pesakit khususnya di bidang psikososial (emotional, kewangan, komunikasi , kekeluargaan, supportive network dan lain-lain), supaya mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang PRODUKTIF dan BERDIKARI sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit.
  • Menggalakkan ahli keluarga atau ahli komuniti dalam menjayakan proses pemulihan semula pesakit melalui sumber-sumber dalam komuniti (community resources)

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 528

Pengenalan

LOKASI MAKMAL HEMATOLOGI

Makmal Hematologi, Hospital USM terletak di aras bawah, blok 9 iaitu di antara Klinik Pesakit Luar dan Dataran Merah/Pelajar, PPSP. Iaitu berhampiran dengan Jabatan Hematologi dan Makmal Patologi serta Klinik Dietetik.

6.09947385,102.28285600705948

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 473