Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

OBJEKTIF UNIT KLINIKAL

OBJEKTIF UNIT KLINIKAL

  • Menyelaras perkhidmatan klinikal Hospital USM bagi memenuhi fungsi sebagai sebuah hospital pendidikan, pengajaran, penyelidikan dan hospital rujukan dengan memberi penekanan terhadap penjagaan keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran penjagaan pesakit. 
  • Bekerjasama dengan semua pusat pengajian dan jabatan di USM bagi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan. 
  • Bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan dan swasta bagi pemajuan bidang kesihatan di dalam dan luar negara sebagaimana yang dibenarkan oleh Universiti 
  • Melaksanakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 48

KLINIKAL

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 222

Perkhidmatan

Bahagian Pesakit Dalaman
Mengendalikan pesakit yang berkeadaan berpotensi untuk kemasukan wad. Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau perubatan jabatan kecemasan untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya ke atas pesakit.

Bahagian Pesakit Luar
Bahagian yang mengendalikan perawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari dan perkhidmatan ini perlu disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital.

Materniti dan NICU
i) Bahagian Materniti menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan ibu sepanjang dia mengandung, semasa proses bersalin selepas bersalin dan pemasalahan wanita bermula usia remaja sehingga usia menopause. Semua kes Obstetrik yang dirujuk dari luar termasuk kes Ginekologi. Memberikan perkhidmatan bagi sama ada secara out patient dan in patient.

ii) NICU merupakan unit rawatan rapi bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir sehingga usia bayi 42 hari. Menerima rujukan luar mengikut kepakaran yang disediakan.

Bahagian Dewan Bedah
Bahagian ini berperanan menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit termasuk juga menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.

Bahagian Perkembangan Kejururawatan
Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti terutama dalam memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai. Perancangan seterusnya adalah bahagian akan melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan di Unit Kejururawatan.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 279