Fungsi dan Perkhidmatan
Bahagian In Patient
Mengendalikan pesakit yang berpotensi untuk kemasukan ke wad. Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau jabatan perubatan kecemasan untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya ke atas pesakit.
Bahagian Out Patient
Bahagian yang mengendalikan rawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari dan perkhidmatan ini perlu disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital.
Materniti dan NICU
- Bahagian Materniti menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan ibu sepanjang dia mengandung, semasa proses bersalin selepas bersalin dan pemasalahan wanita bermula usia remaja sehingga usia menopause. Semua kes Obstetrik yang dirujuk dari luar termasuk kes Ginekologi. Memberikan perkhidmatan bagi sama ada secara out patient dan in patient.
- NICU merupakan unit rawatan rapi bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir sehingga usia bayi 42 hari. Menerima rujukan luar mengikut kepakaran yang disediakan.
Bahagian Dewan Bedah
Bahagian ini berperanan menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit termasuk juga menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.
Bahagian Perkembangan Kejururawatan
Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti terutama dalam memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai. Perancangan seterusnya adalah bahagian akan melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan di jabatan. Bahagian ini juga menyelaraskan pengurusan peningkatan kerjaya jururawat dalam sub kepakaran, ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 85