Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR

Perkhidmtatan Pergigian HUSM terletak di tingkat bawah bangungan PPSG. Perkhidmatan pergigian ini dibuka untuk semua staf USM dan orang awam bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan pergigian. Perkhidmatan ini dibahagikan kepada beberapa klinik iaitu:

1. Klinik Rawatan Keluarga (KRK-G)

Klinik Rawatan Keluarga merupakan klinik saringan utama bagi setiap pesakit mendapatkan sebarang perkhidmatan pergigian di klinik pergigian di hospital USM. KRK-G menerima semua pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di klinik ini berumur dari 18 tahun dan ke atas sahaja. Kes-kes yang sesuai untuk perlajar pergigian akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu pelajar pergigian. 

Antara rawatan yang ditawarkan di Klinik Rawatan Keluarga (KRK-G):

  • Tampalan
  • Scaling 
  • Cabutan
  • Rawatan akar
  • Pencegahan pergigian
  • Prostodontik

Jadual Klinik Rawatan Keluarga (KRK-G) seperti berikut:

      krkg schedule

 2. Klinik Saringan Kanak-Kanak (Pedo Saringan)

klinik Pedo Saringan merupakan klinik saringan pergigian kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja. Kes-kes yang sesuai akan dirujuk kepada pelajar pergigian.

Jadual klinik pedo saringan seperti berikut:

      pedo schedule

3. Klinik Rawatan Pergigian Kakitangan 

Semua staf USM layak mendapat rawatan pergigian yang akan dirawat oleh Pegawai Pergigian bertugas. Klinik ini hanya menerima pesakit secara temujanji setiap isnin hingga rabu sahaja. Temujanji boleh dibuat di talian : 09-7672068.

4. Klinik Pakar Pergigian (KPP-G)

KPPG menerima pelbagai kes kepakaran dari Pegawai Pergigian/Perubatan dari semua klinik pergigian kerajaan atau swasta. Pesakit akan diberi temujanji mengikut keperluan kepakaran sahaja sebelum dirawat oleh pakar pergigian mengikut disiplin kepakaran pergigian.

Antara servis yang ditawarkan di KPPG seperti berikut:

                 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 21