Pengenalan
Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia bermula pada bulan September 2000. Pada awal perkhidmatan, ia terletak di Unit Kemalangan & Kecemasan Hospital USM untuk memberikan perkhidmatan klinikal asas kepada kakitangan USM dan keluarga. Perkhidmatan ini bermula dengan 2 unit kerusi pergigian dan rawatan diberikan kepada hampir 20 pesakit setiap hari.
Blok bangunan baru Pusat Pengajian Sains Pergigian siap didirikan dan telah disempurnakan perasmiannya pada 22 Mac 2003 oleh Yb Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Seiring dengan objekif penubuhan hospital untuk menjadi sebuah hospital pengajar dan rujukan cemerlang, Pusat Pengajian Sains Pergigian telah memperuntukkan ruang bawah di bangunan tersebut sebagai ruang operasi baru bagi Perkhidmatan Pergigian bermula Disember 2002. Ia mula dibuka kepada orang ramai dan menerima semua kes pergigian atau kes rujukan dari luar dan dalam Hospital USM.
Semua pengamal pergigian iaitu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian & Juruterapi Pergigian di Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia adalah tertakluk kepada Rang Undang-Undang Pergigian 2017.
Antara perkhidmatan pergigian yang utama yang disediakan untuk pelanggan iaitu :
i. Perkhidmatan pesakit luar
- Klinik Rawatan Keluarga Pergigian (KRK-G)
- Klinik Pakar Pergigian (KPP-G)
- Klinik Pergigian Kanak-Kanak.
ii. Perkhidmatan pesakit dalam
- Wad 4 Timur Depan
- Wad 2 Selatan
- Sleep Lab
iii. Perkhidmatan sokongan klinikal
- Unit Radiologi Pergigian
iv. Dewan bedah PPSG
v. Perkhidmatan pergigian bergerak
vi. Perkhidmatan pergigian eksekutif
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 95