Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM, Kampus Kesihatan telah memulakan operasinya pada 1 September 1983 iaitu seusia dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia. Oleh itu, Unit Kebajikan Perubatan memberikan perkhidmatan diperingkat “Secondary Setting”, tumpuan membantu pakar perubatan, pengawai perubatan dan kakitangan paramedik dalam usaha memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit. Ini kerana masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana ianya berkait rapat dalam proses pemulihan secara keseluruhan.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 55