Hubungi Kami - Unit Perubatan Transfusi
Unit Perubatan Transfusi
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel.: +609-767 3340
Fax: +604-767 3333
E-mail:
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 307
Unit Perubatan Transfusi
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel.: +609-767 3340
Fax: +604-767 3333
E-mail:
Unit Perubatan Transfusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini
Unit Perubatan Transfusi mula beroperasi pada 01 Ogos 1983 dengan menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik, penyelidikan, dan pembelajaran. Sebelum ini dikenali dengan nama Unit Tabung Darah, ia secara rasmi telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi bermula pada 01 Jun 2003.
Unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, unit ini bukan sahaja berfungsi membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik.
Selaras dengan objektif universiti untuk menjadikan USM sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pakar dari dalam dan luar negara, unit ini juga sentiasa menilai dan membentuk perkhidmatan-perkhidmatan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan transfusi.
Unit Perubatan Transfusi Hospital USM terletak di aras bawah Blok 218 iaitu di antara Makmal Pemonitoran Drug Terapeutik dan Makmal Endokrin serta berhampiran Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset USM.
MISI
Jabatan Hematologi dan Unit Perubatan Transfusi Bertekad mencapai misi untuk memberi keutamaan kepada Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Pemindahan Darah, Ujian Diagnostik dan Komited kepada Pendidikan dan Semua Aktiviti Penyebaran Ilmu kepada Pelajar.
VISI
Sentiasa Memantap dan Mempertingkatkan Kualiti semua Perkhidmatan yang diberikan kepada Pesakit, Pelajar, Penderma Darah dan Masyarakat.
Unit Perubatan Transfusi menyediakan perkhidmatan 24 jam mengikut pembahagian masa seperti berikut:
Waktu Pejabat |
|
Ahad - Rabu |
8.10 pagi – 5.10 petang |
Khamis |
8.10 pagi – 3.40 petang |
Jadual 1: Waktu pejabat
Waktu Luar Pejabat (Makmal) |
|
Ahad - Rabu |
5.10 petang – 8.10 pagi |
Khamis |
3.40 petang – 8.10 pagi |
Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan Am |
24 jam |
Jadual 2: Waktu luar pejabat
Buku Panduan Perkhidmatan Unit Perubatan Transfusi Hospital USM Edisi 8, Tahun 2025
Unit Perubatan Transfusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini
Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra pada sepanjang masa, dengan memelihara kerahsiaan serta keselamatan semua pelanggan dalam persekitaran yang bersih dan kondusif seperti berikut:
Unit Perubatan Transfusi atau dahulu dikenali sebagai Unit Tabung Darah mula beroperasi pada 01 Ogos 1983 seiring dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia dan merupakan salah satu unit di bawah pentadbiran Hospital USM yang menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik, penyelidikan, dan pembelajaran.
Secara rasmi, unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, unit ini bukan sahaja berperanan membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik.
Unit Tabung Darah telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi bermula pada 01 Jun 2003. Selaras dengan objektif universiti untuk menjadikan USM sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pakar dari dalam dan luar negara, unit ini sentiasa menilai dan membentuk perkhidmatan-pekhidmatan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan transfusi.
Unit Perubatan Transfusi Hospital USM terletak di aras bawah Blok 218 iaitu di antara Makmal Pemonitoran Drug Terapeutik dan Makmal Endokrin serta berhampiran Jabatan Pembangunan USM.