Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Lawatan Pelajar Nutrisi Luar Negara: University Deakin, Australia.

26 November 2024,Hospital Pakar USM- Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital pakar USM telah menerima lawatan daripada 21 orang Pelajar Nutrisi serta 3 orang pensyarah dari University Deakin, Australia. Unit Pemakanan dan Dietetik sentiasa mendapat lawatan daripada pelajar pemakanan atau dietetik dari luar negara. Tahun ini, sekali lagi pada bulan November, UPD telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Deakin, Australia. 

Objektif utama lawatan adalah untuk mengenali perkhidmatan pemakanan dan klinikal Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar USM. Lawatan ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pada waktu petang. Sesi bermula dengan pengenalan oleh Ketua Unit, Puan Wan Rimei Salha mengenai Unit Pemakanan dan Dietetik, seterusnya lawatan ke Klinik Dietetik Pesakit Luar dan akhir sekali ke bahagian dapur hospital bagi melihat proses dan penerangan daripada penolong pegawai penyediaan pemakanan mengenai proses dan cara kerja di perkhidmatan pemakanan Hospital Pakar USM.

LWATAN AUSTRALIA 2LAWATAN AUSTRALIALAWATAN AUSTRALIA 3

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 8

Go Green Office! Projek Kelestarian UPD

Pada 8 September sehingga 11 September 2024, terdapat beberapa Pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kelestarian termasuklah menghiasi pejabat UPD dengan pokok-pokok hiasan bagi mengekalkan UPD sebagai Pejabat Hijau serta menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk membuat hiasan memperkasakan kelestarian di USM, Inisiatif ini telah memberikan impak positif kepada Hospital USM yang menjadi salah satu unit yang aktif terlibat menjayakan Kempen Kelestarian USM. Hasil daripada aktiviti ini, staf UPD dapat manfaat daripada ilmu kelestarian seperti membina kreativiti dalam penghasilan bahan hiasan daripada bahan kitar semula, memupuk semangat kerjasama antara staf, meningkatkan produktiviti sebagai staf USM yang multitasking, memberi peluang kepada staf UPD untuk menunjukkan bakat serta idea bernas menjayakan Pejabat Hijau. Mereka telah menggunakan kertas recycle dan juga sarang telur sebagai bahan kitar semula untuk meghasilkan hiasan tersebut.

WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.56 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.54 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.19.53 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.51 PM 1WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.19.53 PM 1WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.48 PM 1

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 10

Penerapan Kelestarian memeriahkan Sambutan Aidilfitri

30 April 2024 - Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Bilik Operasi Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM yang melibatkan seramai 100 orang staf dapur ( sajian dan penyediaan), pembantu operasi, serta pegawai dietetik. Majlis Hari Raya kali ini berkonsepkan kelestarian yang mana kami menerapkan unsur lestari dengan tidak menggunakan bahan plastik sebaliknya kami menggunakan 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 87

Tempat Ketiga Pertandingan Booth Terbaik sempena Hari Kanser Sedunia

28 & 29 Februari 2024- Unit Pemakanan dan Dietetik telah menyertai Pameran booth Pemakanan Untuk Pesakit Kanser anjuran Jabatan Radiologi bagi menyambut Hari Kanser Sedunia 2024. Terdapat beberapa pegawai dietetik yang terlibat termasuk lah Puan NorSyarahani, Puan Kamarul Azmanie, Encik Nizam dan Cik Nur Amanina. Selain itu, terdapat banyak lagi pameran menarik yang disediakan sempena hari Kanser termasuklah Pameran Booth Bestari, Onkologi Kanak-Kanak, Radiologi, Asamed dan Yookut. Unit Pemakanan dan Dietetik telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Booth Terbaik. Perasmian Hari Kanser Sedunia telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dato' Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Akhir sekali, sempena Hari Kanser Sedunia, Jabatan Radiologi juga telah mengadakan saringan kesihatan percuma untuk wanita termasuklah Ultrasound, Pap Smear Test.

Untitled design

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 135

Teknologi Canggih Menganalisis Komposisi Badan dengan Kerjasama SECA Machine

  Penerimaan dan Taklimat Medical Body Composition Analyzer-SECAseca

Pada 15 Januari 2024, Unit Pemakanan dan Dietetik telah menerima Medical Body Composition Analyzer Machine di bawah Produk SECA Sdn Bhd. Alat ini merupakan alat untuk menganalisis berat badan, index jisim badan peratusan lemak dalam badan, peratusan jisim otot, visceral fat, jumlah air dalam badan dan sebagainya. Mesin ini mampu menjadi platform bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan. Mengikut CPG Obesity 2023, kajian menunjukkan BMI atau index jisim badan Malaysia merupakan Negara No. 2 di Asia Tenggara yang mempunyai peratusan masyarakat Obesiti yang tinggi berbanding negara lain. Penerimaan mesin ini memberi positif impak kepada Pegawai Dietetik untuk menganalisa antropometrik pesakit serta memberi pencerahan yang lebih mendalam kepada para pesakit terutamanya Pesakit Luar Klinik Dietetik Hospital USM.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 92