Lawatan Pelajar Nutrisi Luar Negara: University Deakin, Australia.
26 November 2024,Hospital Pakar USM- Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital pakar USM telah menerima lawatan daripada 21 orang Pelajar Nutrisi serta 3 orang pensyarah dari University Deakin, Australia. Unit Pemakanan dan Dietetik sentiasa mendapat lawatan daripada pelajar pemakanan atau dietetik dari luar negara. Tahun ini, sekali lagi pada bulan November, UPD telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Deakin, Australia.
Objektif utama lawatan adalah untuk mengenali perkhidmatan pemakanan dan klinikal Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar USM. Lawatan ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pada waktu petang. Sesi bermula dengan pengenalan oleh Ketua Unit, Puan Wan Rimei Salha mengenai Unit Pemakanan dan Dietetik, seterusnya lawatan ke Klinik Dietetik Pesakit Luar dan akhir sekali ke bahagian dapur hospital bagi melihat proses dan penerangan daripada penolong pegawai penyediaan pemakanan mengenai proses dan cara kerja di perkhidmatan pemakanan Hospital Pakar USM.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 7