Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Go Green Office! Projek Kelestarian UPD

Pada 8 September sehingga 11 September 2024, terdapat beberapa Pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kelestarian termasuklah menghiasi pejabat UPD dengan pokok-pokok hiasan bagi mengekalkan UPD sebagai Pejabat Hijau serta menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk membuat hiasan memperkasakan kelestarian di USM, Inisiatif ini telah memberikan impak positif kepada Hospital USM yang menjadi salah satu unit yang aktif terlibat menjayakan Kempen Kelestarian USM. Hasil daripada aktiviti ini, staf UPD dapat manfaat daripada ilmu kelestarian seperti membina kreativiti dalam penghasilan bahan hiasan daripada bahan kitar semula, memupuk semangat kerjasama antara staf, meningkatkan produktiviti sebagai staf USM yang multitasking, memberi peluang kepada staf UPD untuk menunjukkan bakat serta idea bernas menjayakan Pejabat Hijau. Mereka telah menggunakan kertas recycle dan juga sarang telur sebagai bahan kitar semula untuk meghasilkan hiasan tersebut.

WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.56 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.54 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.19.53 PMWhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.51 PM 1WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.19.53 PM 1WhatsApp Image 2025 03 26 at 12.15.48 PM 1

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 10