Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Tempat Ketiga Pertandingan Booth Terbaik sempena Hari Kanser Sedunia

28 & 29 Februari 2024- Unit Pemakanan dan Dietetik telah menyertai Pameran booth Pemakanan Untuk Pesakit Kanser anjuran Jabatan Radiologi bagi menyambut Hari Kanser Sedunia 2024. Terdapat beberapa pegawai dietetik yang terlibat termasuk lah Puan NorSyarahani, Puan Kamarul Azmanie, Encik Nizam dan Cik Nur Amanina. Selain itu, terdapat banyak lagi pameran menarik yang disediakan sempena hari Kanser termasuklah Pameran Booth Bestari, Onkologi Kanak-Kanak, Radiologi, Asamed dan Yookut. Unit Pemakanan dan Dietetik telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Booth Terbaik. Perasmian Hari Kanser Sedunia telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dato' Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Akhir sekali, sempena Hari Kanser Sedunia, Jabatan Radiologi juga telah mengadakan saringan kesihatan percuma untuk wanita termasuklah Ultrasound, Pap Smear Test.

Untitled design

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 26