Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

CAKNA MURID BERKEPERLUAN KHAS: BICARA 3 PENJURU

EDITED BANNER FULL KERJASAMA HIT UPSI JPN min

 

Sesi Webinar yang dijalankan pada 12 September dan 23 September 2021 melalui Webex/ Live FB Page yang berkisarkan berkaitan masalah pendengaran dan pertuturan yang diwakili oleh ahli HIT USM kerjasama bersama UPSI dan JPN Perak.

Seminar ini dibahagikan kepada 2 Sesi

Pada Sesi Pertama (12 September 2021) - Tema: Penjagaan Pendengaran dan Pertuturan Murid Berkeperluan Khas Tanpa Sempadan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail. 

Disampaikan oleh barisan penceramah hebat daripada HIT USM iaitu Dr. Nik Adilah Nik Othman (Pakar Bedah ORL-HNS), Cik Suzana Mansor (Audiologis), En. Izzat Ismail (Patologi Pertuturan) dan Pn. Wan Norzalen Mohamad (Psikologis Klinikal, Jabatan Neurosains) 

Bagi menyaksikan ulangan sepanjang sesi ceramah Pertama ini, boleh click link di bawah :

https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/391346862509967

BANNER PENCERAMAH 3 min

Pada sesi Kedua (23 September 2021) - Pendidikan Murid Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran dan Pertuturan Serta Harapan Ibu Bapa

Barisan Penceramah adalah terdiri daripada Dr. Syamsinar Abd Jabar, En. Mohammad Thayyib Razali, Pn. Rohamiyah Muda, Pn. Noreha Mohd Yusof dan wakil daripada bapa Murid Berkeperluan Khas iaitu En. Chua Teck Kuang.

Bagi menyaksikan ulangan sepanjang sesi ceramah Kedua ini, boleh click link di bawah :

https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/594400501691119

 

241474685 6124637070944712 3339548170661141237 n

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 133

KEMAJUAN KERJAYA STAFF UAPP

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), U52

BIODATA

Nama: Izzat Ismail

Tempat Lahir: Pendang, Kedah

Keluarga: Mempunyai seorang isteri dan 3 orang cahaya mata

Jawatan: Ketua Bidang Patologi Pertuturan Hospital USM, UAPP

Berkhidmat di Klinik Patologi Pertuturan, HUSM: 13 Tahun

Beliau juga pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Tahun 2013 dan Kemajuan Kerjaya pada Tahun 2021

“Semoga perkhidmatan Patologi Pertuturan dan Audiologi semakin maju pada masa akan datang”-Izzat Ismail

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 97

SARINGAN PENDENGARAN STAFF UNIT PEMAKANAN DAN DIETETIK

Sepanjang bulan Julai & Ogos 2021. Klinik Audiologi dengan kerjasama Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah bekerjasama bagi menjalankan saringan ujian pendengaran kepada seramai 83 orang staff di Unit Pemakanan dan Dietetik secara berperingkat. 
 
Jika anda berminat untuk membuat saringan pendengaran, boleh menghubungi Klinik Audiologi Hospital USM di talian 09-7673689 untuk maklumat lanjut. 
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 125