Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Hari Keluarga Speech 2023

WhatsApp Image 2023 09 07 at 11.08.34

 

                                                               WhatsApp Image 2023 09 07 at 13.05.52     WhatsApp Image 2023 09 07 at 13.15.58

 

Pada 4 Ogos 2023 berlangsung program Hari Keluarga Speech 2023 bertempat di Pantai Kandis Chalet, Bachok, Kelantan. Hari Keluarga ini adalah julung kali diadakan dengan mengumpulkan kakitangan Speech di kedua-dua PTJ melibatkan Klinik Pertuturan, Hospital USM dan juga kakitangan di Program Patologi Pertuturan, PPSK termasuk Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan, pensyarah dan juga kakitangan kumpulan sokongan. 

Hampir 90  peratus kakitangan bersama kelurga masing-masing telah meluangkan masa menyertai program ini dan melibatkan diri dalam seratus peratus acara yang dianjurkan termasuk acara kanak-kanak, keluarga dan berpasangan. Antara acara yang diadakan adalah sukaneka, memasak, solat berjamaah, pembahagian hadiah. 

Program ini berlangsung dengan meriah sekali dalam suasana yang santai.  Panorama tepian laut yang dingin dan tenang membangkitkan semangat dan keterujaan fizikal dan emosi yang sangat bagus untuk melahirkan kakitangan yang berkualiti. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua kakitangan speech di kedua-dua pusat tanggungjawab. 

Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang untuk kelestarian dan keutuhan kerjasama dan hubungan di kedua-dua pusat tanggungjawab dalam perkhidmatan, pengajaran, penyelidikan dan sebagainya. 

 

Laporan disediakan oleh : Puan Sarina bt Ahmad

Kredit foto: Cik Afiqah bt Abdullah 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 103