Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

MEGA SPEECH AND LANGUAGE SCREENING

29 November 2022, Rabu. Mendepani isu tempoh menunggu pesakit baru untuk akses ke perkhidmatan pertuturan yang hampir mencecah setahun, kami sekali lagi membawakan Mega Screening Speech and Language kali kedua. Sebahagian besar melibatkan lebih 90 peratus pesakit yang disaring adalah daripada golongan B40 yang memerlukan sokongan akses kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan.


Program ini bernaung dibawah program KPT Prihatin sesuai dengan matlamat KPT untuk merealisasikan perkhidmatan khususnya kepada masyarakat yang sangat memerlukan perkhidmatan profesional ini. Program anjuran Klinik Pertuturan Hospital USM ini dengan kerjasama Program Patologi Pertuturan dan Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) berlangsung selama dua hari di lokasi Klinik Pertuturan Bahasa dan Klinik Audiologi, PPSK melibatkan kakitangan dan pelajar.


Seramai 154 orang daripada 198 orang iaitu sebanyak 78 peratus pesakit dari senarai menunggu telah hadir dan telah melalui proses saringan. Daripada jumlah itu, hanya 4 orang yang mempunyai perkembangan komunikasi yang tipikal. Manakala selebihnya melibatkan 150 orang iaitu x peratus telah dirujuk untuk penilaian, diagnosa dan rawatan susulan di klinik pertuturan.


Pola kecelaruan pula melibatkan pelbagai termasuk kelewatan/kecelaruan bahasa seramai 142 orang iaitu 95 peratus, kecelaruan resonance seramai 2 orang iaitu 1 peratus, kecelaruan pertuturan seramai 5 orang iaitu 3 peratus dan kesukaran/ kecelaruan pengambilan makanan seramai 1 orang iaitu 1 peratus.


Daripada jumlah itu 42 orang iaitu 28 peratus disyaki mengalami kesukaran pendengaran dan dirujuk kepada Audiologis untuk penilaian masalah pendengaran dan rawatan susulan.


Sekali lagi, program ini memberikan impak yang besar dimana program rehabilitasi melibatkan saringan, penilaian, diagnosis, rawatan dan konsultansi dapat dijalankan lebih awal. Keadaan ini pastinya memberi jaminan prognosis penyembuhan yang lebih baik dan kadar ketidakupayaan pesakit pastinya akan lebih rendah.
Semoga program ini menjadi alternatif yang efektif dalam merealisasikan perkhidmatan profesional rehabilitasi pertuturan kepada golongan yang sangat memerlukan.

WhatsApp Image 2022 12 29 at 10.45.25 AM

  WhatsApp Image 2022 12 29 at 10.45.26 AM

WhatsApp Image 2022 12 29 at 10.50.45 AM

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 41