Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PROGRAM: SARINGAN MULTIDISIPLIN UNTUK PENENTUAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN (LINUS)

Saringan Linus

 

28 Julai 2022, Khamis 

Unit Audiologi & Patologi Pertuturan telah bekerjasama dengan Unit Pemulihan Perubatan Hospital USM sebagai penganjur utama dan Program Libatsama Komuniti USM-MERICAN bagi menjayakan program saringan multidisiplin penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi kanak-kanak sekolah rendah di daerah Kota Bharu dan Pasir Mas. Program ini dijalankan di Pusat Kegiatan Guru, SK Kota, bertujuan untuk mengenalpasti murid-murid tahap 1 yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan pendidikan khas dan membuat pengesahan perubatan terhadap murid-murid yang terlibat. Seramai 33 orang pelajar telah disenarai nama pendek bagi menjalani ujian pada kali ini.

Selain daripada saringan pendengaran oleh Pegawai Audiologi dan pertuturan oleh Pegawai Patologi Pertuturan, murid-murid juga akan menjalani saringan oleh Pakar Perubatan Carakerja, Pakar Oftalmologi dan Psikologis Klinikal.

Murid-murid yang dikenalpasti gagal dalam saringan ini akan diberi temujanji susulan bagi rawatan seterusnya di Hospital USM. 

Program ini juga mendapat kerjasama erat daripada Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, PPD Pasir Mas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu. Terdapat juga Syarikat Alat Bantu Pendengaran yang turut membantu menjayakan program ini daripada Audiolab Sdn. Bhd., Tune Hearing dan Syarikat Rosmadi wakil Syarikat Optometri. 

IMG 20220728 WA0012

IMG 20220728 WA0037

IMG 20220728 094351

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 52