Soalan Lazim Unit Perubatan Pemulihan
1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan?
Pesakit Luar:
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu, dan mohon untuk dirujuk kepada jurupulih carakerja atau fisioterapi mahupun juruteknik perubatan mengikut keperluan anda.
Pesakit Dalam Wad:
Anda akan dirujuk kepada unit Perubatan Pemulihan oleh doktor yang merawat di wad berkenaan dan jurupulih carakerja, fisioterapis, atau juruteknik perubatan akan datang memberi rawatan dalam tempoh hari bekerja yang seterusnya..
2. Berapakah caj rawatan bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Warganegara: RM5.00 Satu sesi
Bukan Warganegara: RM 10.00 satu sesi
3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bayaran caj rawatan ?
Sila rujuk Unit Kebajikan Hospital Untuk makluman lanjut. Kebajikan kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan oleh Unit Kebajikan.
4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran caj rawatan?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
5. Bilakah masa operasi?
Ahad - Rabu: 8.10pg - 5.10 ptg (rehat 1.00tgh - 2.00ptg)
Khamis : 8.10pg - 3.40 ptg (rehat 1.00tgh - 2.00ptg) petang khamis adalah masa aktiviti /mesyuarat/ kerja-kerja jabatan
Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan Am: Tutup
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 338