Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

USM SANTUNI KOMUNITI PULAU BERI KESEDARAN CEGAH PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Ogos 2024 - Dalam usaha memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan membimbing masyarakat di kawasan pulau supaya dapat mencegah penularan penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin, satu program Komuniti Ambang Merdeka bertemakan kemerdekaan ‘Jiwa Merdeka, Kesihatan Terjamin’ dianjurkan di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian, Besut Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

WhatsApp Image 2024 08 21 at 2.24.54 PM

WhatsApp Image 2024 08 21 at 2.24.53 PM

Program komuniti tersebut merupakan anjuran Unit Kejururawatan (Bes Medikal), Jabatan Perubatan Penyakit Dalam Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Kelab Paramedik Medikal Kelantan.

WhatsApp Image 2024 08 21 at 2.24.53 PM 1

WhatsApp Image 2024 08 21 at 2.24.54 PM

Seramai 100 peserta terlibat dalam program ini. Antara pengisian program termasuk ceramah kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dan amalan kesihatan yang baik oleh Pakar Perubatan Penyakit Dalam Hospital USM, Profesor Madya Dr. Alwi Muhd Besari@Hashim>, pemeriksaan kesihatan asas termasuk tekanan darah, paras gula dalam darah dan konsultansi berkaitan penyakit berjangkit seperti HIV dan Hepatitis di samping penyampaian sumbangan bakul rahmah kepada 30 keluarga.

WhatsApp Image 2024 08 21 at 2.24.55 PM

Program ini ternyata memberi impak positif terhadap masyarakat selain mewujudkan jalinan kerjasama erat antara staf Hospital USM dan penduduk di pulau terbabit.

Sumber Laporan & Foto: Ahmad Syafwan Awang

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 5