UPD HPUSM ANTARA 10 PENERIMA SAGUHATI PENARAFAN PEJABAT HIJAU
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2024 – Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) merupakan antara 10 pemenang saguhati Program Penarafan Pejabat Hijau yang diumumkan dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau/Desasiswa Hijau USM 2024 yang berlangsung di Dewan Budaya, USM Kampus Induk pada 30 Oktober lalu.
UPD HPUSM turut menerima penarafan lima (5) daun sebagai simbol kecemerlangan kelestarian melalui pelbagai inisiatif hijau yang digerakkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM dengan kerjasama Kampus Sejahtera USM.
Selain UPD HPUSM, tiga (3) lagi pusat tanggungjawab (PTJ) daripada Kampus Kesihatan turut menerima penarafan lima (5) daun iaitu Perpustakaan Hamdan Tahir, Jabatan Bendahari dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM).
Dalam majlis tersebut Pusat Sejahtera diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Pusat Pengajian Pengurusan di tempat kedua dan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh memenangi tempat ketiga.
Program Pejabat Hijau ini adalah satu langkah penting dalam memastikan seluruh komuniti USM mendalami dan mengaplikasi agenda kelestarian sebagai budaya kampus.
Teks: Marlina Zahari / Foto: MPRC Kampus Induk
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 42