Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

‘TOT ORGAN DONATION’ BERI PENDEDAHAN DAN PENGETAHUAN PENDERMAAN ORGAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 November 2024 – Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah daripada tahun ke tahun, namun bilangan penderma masih sedikit.

IMG 20241105 WA0020

Menyedari hakikat tersebut, ‘TOP Team’ Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) Hospital Raja Perempuan Zainab II telah menganjurkan Program ‘Training of Trainers (TOT) Organ Donation’ pada 29 hingga 30 Oktober lalu.

IMG 20241105 WA0021

Program yang disertai kira-kira 100 peserta ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta agar lebih berkeyakinan dan berpengetahuan dalam pendermaan organ.

IMG 20241105 WA0024

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan menderma organ selain menyampaikan maklumat yang tepat tentang proses dan manfaat menderma organ, menghapuskan mitos dan salah faham mengenai pendermaan organ dan mendorong penyertaan dalam pendaftaran sebagai penderma organ.

IMG 20241105 WA0022

IMG 20241105 WA0023

Program ini juga diharap dapat mendidik dan memotivasi masyarakat agar lebih terbuka terhadap pendermaan organ, membantu menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup mereka yang memerlukan.

Sumber Laporan & Foto: Wan Rosaida Awang@ Wan Yusoff

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 17