SUMBANGAN AMAL BUKTI KEBERSAMAAN SEMUA PIHAK DEMI BANTU PESAKIT HPUSM
KOTA BHARU, KELANTAN, 12 Januari 2025 – Lebih 30 penaja menunjukkan komitmen dan keprihatinan dalam mendokong hasrat Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) membantu pesakit yang tidak berkemampuan meneruskan rawatan.
Komitmen tersebut dizahirkan melalui sumbangan sempena Majlis Makan Malam Amal Tabung Kebajikan Pesakit HPUSM yang berjaya mengutip dana lebih RM60,000 untuk disalurkan kepada Tabung Kebajikan Pesakit HPUSM.
Antara penyumbang utama majlis ini ialah Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad, Klinik Ummah, Tenaga Nasional Berhad, Gloria Jean's Coffees, Yayasan Harmoni, AJ Surveyors (M) Sdn Bhd, Nasrom Premium, Usains Healthcare Sdn Bhd dan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.
Para penyumbang lain termasuk Twingate Technology, Jabatan Perubatan Kecemasan USM, Pharmaniaga, I-Medikel Pharma Holding Bhd, Persatuan Alumni Doktor USM/ Malaysia Medical Association, BestARi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Pejabat Pengarah Kampus, Kelab Jasa Budi, ASAMED, Semar Emas Enterprise, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Malaysia Association of Hotels Kelantan Chapter, Universiti Teknologi Mara Machang, HAWA Kelantan, Internal Medicine Society dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Pengurusan HPUSM turut berharap agar majlis ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak sumbangan dan dana diperoleh daripada badan korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang pastinya dapat membantu lebih ramai pesakit memerlukan.
Teks: Faridatul Aswani Ahmad Zidan / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 66