SERAHAN SUMBANGAN HASIL KUTIPAN KAYUHAN AMAL USMCC
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 April 2024 – ‘USM Cycling Club’ (USMCC) semalam menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menampung kos pembiayaan perubatan pesakit yang kurang berkemampuan.
Sumbangan yang dikumpul sempena Program Kayuhan Amal 40 Tahun Hospital USM itu diserahkan oleh Pengerusi USMCC, Profesor Dr. Andee Dzulkarnaen Zakaria kepada Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.
Turut menyaksikan sesi penyerahan sumbangan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua Unit, Unit Kerja Sosial Perubatan, Shamsul Amri Sallehuddin dan Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan, Maimunah Hasan.
Teks: Marlina Zahari, Foto: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 137