Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

SDH HOSPITAL USM TERIMA KUNJUNGAN RASMI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Julai 2024 - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Haji Azman Haji Adnan berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program lawatan rasmi ke Kelantan, petang semalam.

IMG 20240701 WA0004

IMG 20240701 WA0006

Lawatan yang turut diiringi delegasi dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) disambut oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Dr. Zaidi Zakaria mewakili Pengarah Hospital USM serta warga SDH Hospital USM.

IMG 20240701 WA0005

IMG 20240701 WA0007

Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri proses pembelajaran yang dilaksanakan di dalam wad di samping menyampaikan sumbangan kepada 17 pesakit kanak-kanak di wad 2 Selatan.

IMG 20240701 WA0008

IMG 20240701 WA0009

Dalam lawatan pertama beliau ke SDH Hospital USM ini, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi turut menzahirkan rasa kagum dengan ruang SDH Hospital USM yang luas berbanding SDH di tempat lain yang telah beliau lawati serta berjanji akan membantu menambahbaik fasiliti pembelajaran sedia ada.

IMG 20240701 WA0003

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan, JPNK, Dato' Haji Mohd Zamri Haji Abdul Aziz; Timbalan - timbalan Pengarah JPNK; Ketua Jabatan, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya; Ketua Perkhidmatan Pentadbiran, Unit Klinikal, Hospital USM, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohd; Dr. Fahisham Taib mewakili Ketua Jabatan Pediatrik; Ketua Penyelia Jururawat, Hospital USM, Maimunah Hasan dan Penyelia SDH Hospital USM, Teo Seng Hue.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 20