Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

SARINGAN AWAL KESIHATAN ELAK TANGISAN KESEDIHAN

RANTAU PANJANG, KELANTAN, 11 Februari 2025 - Kampung Gual Periok merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam daerah Rantau Panjang dan dikelilingi panorama hijau sawah padi, kebun getah dan sawit.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.47 PM

Namun, di sebalik keindahan alam ini, tersembunyi kisah kehidupan yang penuh cabaran terutama apabila berkaitan dengan akses kepada saringan awal dan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.47 PM1

Ada di antara penduduk kampung sudah lama mengadu sakit dada tetapi lebih rela menahan kesakitan daripada menyusahkan anak-anaknya yang perlu bekerja untuk menyara keluarga.

Jarak ke hospital terdekat melebihi 15 kilometer dan bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, perjalanan itu menjadi satu bebanan besar buat mereka.Kisah itu hanyalah satu daripada ratusan cerita di kampung ini.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.48 PM

Sarimah Mat Nasir, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun, telah kehilangan suaminya akibat komplikasi dalam perut. Jika suaminya dapat melakukan pemeriksaan awal, mungkin keadaannya tidak menjadi seteruk itu.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.49 PM1

Namun, tanpa kesedaran dan kemudahan kesihatan lengkap yang berdekatan, segalanya sudah terlambat.Bagi kebanyakan penduduk di sini, sakit bukanlah sesuatu yang boleh mereka rawat dengan segera.

Mereka menunggu sehingga keadaan benar-benar kritikal sebelum mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan atau mencari alternatif untuk mendapatkan rawatan.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.49 PM2

Dengan rasa prihatin, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Hospital Pakar USM (HPUSM) dengan kerjasama USAINS Healthcare Sdn Bhd, Yayasan Hasanah, Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO), Persatuan Alumni Doktor USM (PADU), Internal Medicine Society (IMS) dan Kelab Unit Klinikal turun padang dengan membawa perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma selain menyebarkan ilmu tentang kesedaran menjaga kesihatan kepada penduduk.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.48 PM1Melihat senyuman dan riak muka penduduk terhadap kedatangan pasukan perubatan seramai 70 orang ini membuktikan bahawa program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani ini bukan sekadar membantu kesihatan fizikal, tetapi juga membawa mesej jelas keprihatinan kepada mereka yang berada di kawasan luar bandar.

WhatsApp Image 2025 02 11 at 3.32.49 PMProgram yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (Klinikal) HPUSM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria menyaksikan USM bukan sekadar hadir sebagai institusi akademik, tetapi entiti yang menyokong kepada kesejahteraan rakyat.

Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 24